My Insta

Instagram

Monday, May 17

belated

Estrogen malas aku dah back to normal, tak macam ari tu, extreme! Maknanya aku dah rajin sikit nak hupdet mana yang patut.  So here are some interesting snippet of belated entries.

2 Mei... Sukan SK Saujana Utama. 

Afiq mewakili rumah Waja (hijau) untuk
acara 200M lelaki.


Ini merupakan sukan terakhir Afiq di SKSU.



Afiq terlibat dalam acara 4x100m,
menggondol tempat pertama.



Gaya ketua rumah sukan, Waja.
memberi semangat kepada anak buahnya.


Mukhriz mewakili Rumah Putra ( ungu).
Beratur tunggu turn.


Kesian Mukhriz... dipilih untuk lari 4x100m, tapi tak boleh turut serta sebab jari kelingkingnya yang patah masih belum baik. So masuk lumba KEPIT BOLA DI KETIAK! Jadilah... dapat second place.

As for Qme pulak, dia excited sangat coz this is his first year bersukan betul2. Last year kat Qdees, sukan main-main, participant pun tak ramai. Kemeriahan sukan SKSU memang terasa.


Qme mewakili Rumah Perdana (kuning)

Bila aku tanya, "Qme masuk lumba apa?" Dia tersipu-sipu jawab, "Aiskrim gergasi." Nampaknya aiskrim dengan keluarga aku cukup sinonim. 



Memang gergasi betul aiskrim ni.
Aku tanya Qme, "Kenapa tak jilat aiskrim tu masa lari?"
Hahahaa...


***************************************************************
17 April... Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Alor Gajah

Tengah hari tu, aku and hubby bergegas ke Melaka untuk menghadiri majlis ini. Alhamdulillah, sebaik saja kami sampai dalam pukul 3:15pm, majlis pun bermula. Ramai betul parents yang hadir. Sebagai new parents kat sini, kami hadirkan diri supaya tahu apa perancangan pihak Muafakat utk kebajikan pelajar2 di sini. Majlis dirasmikan oleh Dato' Yaakub B. Md Amin. Kalau nama dah orang Melaka, asyik berpantun ajer kerja dia. Tapi seronok jugak dengar pantun tu.



Barisan AJK dan dipengerusikan oleh Dr. Hamzaid Yahya, YDP Muafakat MRSM AG. He was my brother's ex Principal di Kolej Yayasan Melaka in '90s. I'm glad that now he's the YDP Muafakat for my son's school.


This is the SPM result from 2007-2009.

Keputusan SPM MRSM Alor Gajah sangat membanggakan. After MRSM Bitara, followed by MRSM Alor Gajah. MRSM Bitara ialah gabungan 3 buah MRSM yang pelajarnya terdiri daripada pelajar terpilih, yg betul2 best student from all around Msia. 

1st:  Mrsm Taiping, Perak.
2nd: Mrsm Jasin aka Tun Ghafar Baba, Melaka.
3rd: Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tapi dalam ranking semua MRSM, Alor Gajah dapat tempat ke-4 terbaik. Few months back, ada sorang hambaAllah post comment, bunyinya macam nie.

"Anonymous said...
FYI, MRSM Alor Gajah is a new mrsm, and it is not listed as one of the top 10 MRSMs. There are quite a number of MRSMs from Malacca, and amongst the best would be Jasin, followed by Tun Ghafar Baba & Terendak."

To this hambaAllah, my answer....
Firstly, true. It's new, started in 2007. Tapi baru tak bermakna tak boleh jadi excellent. And it is  proven that MRSM Alor  Gajah is not only top 10 but top 5!
And secondly, nampak sangat awak tak buat research sebab Jasin and Tun Ghafar Baba ialah MRSM yg sama, beb! And MRSM Alor Gajah is the only MRSM in Msia yg menjalankan soft skill. That's why MRSM AG nie dipanggil MRSM Terbeza...





Sempat jumpa Daniel and his senior lepas mesyuarat. Ingat nak belanja makan, tapi time nie dah hampir Maghrib. Next time maybe.


2 comments:

Cik Ketumbar said...

hahaha.. nasib baik Qme tak mintak mak dia buatkan ice cream giant ..


cik ketumbar

Yanti Arshad said...

laila,

betul tu, kalau tak, naya aku! hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...