My Insta

Instagram

Monday, May 31

Cuba...

Msian male singer... apart from Anuar Zain, this is my favourite tooo....

Saturday, May 29

Kantoi!

Inilah dilema yang aku alami last week. Si Jerry bermaharajalela di dapur kesayangan aku. Ada satu malam nie, aku tidur lewat (dlm pukul 2 pagi) menyiapkan job yang kena submit the next morning (dah dekat hujung bulan memang gitu). Bila tekak terasa haus, seperti biasa, aku ke dapur. Tiba-tiba aku bertembung dengan si Jerry nie. Dia cabut lari, aku terpaku! Yalah, what do you expect me to do? 

Apa lagi, malam tu intipan 999 dijalankan!

Night One...
...special menu, 'ala carte' prepared for Jerry. Racun tikus disumbatkan ke dalam kepala ikan masin (racun tikus memang standby). Then video camera disetkan, nak tengok Jerry tu makan tak 'ala carte' tu. Sebelum Jerry belasah 'ala carte' tu, dia siap lalu depan vidcam aku! Macam nak survery line jer. Kurang asam betul! 
p/s: the following day, aku tak masak (takut masuk dapur).

Night Two...
...settingkan vidcam pada angle yang berbeza. Aku nak tahu dari mana si Jerry ni masuk sebab semua lubang memang seal-off. In the same time, 'ala carte' tetap dihidangkan. Aku ingatkan Jerry tak ada sebab dah bedal 'ala carte' malam sebelumnya. Rupa-rupanya umur si Jerry ni masih panjang. Ish, ish, ish....
p/s: masih tak masak...

Night Three...
...put my vidcam at different angle. Now aku dah agak dari mana dia masuk, dari exhaust fan atas tingkap dapur. What I did was, turn-on the exhaust fan until the next morning. Tekaan aku tepat, Jerry tak ada on that nite, Jerry was not in the video. The next day, masa Afiq on the way hantar Qme ke sekolah agama, dia nampak our Jerry dah tergolek di belakang rumah jiran kami, dah mampus! (masa tu terlupa nak ambil gambar, ceh!)
p/s: Still tak masak sebab sibuk membersihkan semua kelengkapan dapur. Manalah tahu, dia pancutkan urine dia here and there ke. I must make sure everything clean.


Quite dissapointed dgn youtube!
Gambar dalam vidcam aku, clear
 tapi bila dah upload, jadi blur!


One thing about this Jerry is, not only this Jerry, any Jerry, their operational hours is between 2am and 6am. (buktinya, jam pada microwave... 4am ++) Waktu siang, kita takkan nampak kelibat dia. Tapi bagi aku yang dah face to face dengan dia, selama tiga hari itulah aku rela terapung-apung bila nak masuk dapur. Mujur juga si Jerry tu tak mati dalam rumah aku. Orang kata, kalau dia dah makan racun tikus, dia pasti masuk toilet, cari air sebab racun tu panas dlm badan dia. Memang sepanjang intipan dibuat, pintu toilet kami kunci dari luar, mungkin sebab tu dia keluar balik untuk cari air di longkang. Agaknyalah....

Apa2 pun, aku bersyukur, semuanya selesai. Last but not least to my dear friend, Hani MJ aka KC, "I dedicate this video to you..." Hehehehe...

Wednesday, May 26

Bahagia Berpisah...




Tak perlu ucapkan sepatah kata.
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

Goodbye

The best from You Tube, so far.  It's a meaningful song for me. Sorry, coz the audio is actually from the concert.




Footnote:
To Kak Midah, you know why I love this song so much... thank you for being there...

Tuesday, May 18

Teacher's Day @SKSU

18 Mei... sambutan Hari Guru di SKSU. As usual, anak2 aku excited nak bagi hadiah pada cikgu masing dan as usual jugak, masing2 mintak aku sponsor itu ini untuk jamuan kelas. Memandangkan Qme & Mukhriz demam and on MC, so aku sponsor untuk kelas Afiq saja. Lagipun ini final year Afiq kat SKSU. 

Firstly, aku nak say thank you so much kat Yatt. Aku request kek nie the very-very last minit (sori, Yatt. Lain kali aku tak buat lagi... hehehe), but still she managed to get it done by 11:30 malam tadi. Ko memang superb. Ada sesetengah tokei kek, aku order awal sebulan pun dia reject. Hampeh!


Selamat Hari Guru kpd guru kelas 6B, Pn Salwati
serta semua guru di SK Saujana Utama. 



Suasana Dataran SKSU sempena sambutan,
anak aku kata, on this day, cikgu buat persembahan,
pelajar jadi penonton.



Agak2 sape menang? Cikgu ke murid?



Pn. Salwati sibuk melayan kerenah
anak-anak muridnya.



Jangan berebut2 nak potong.
Kek tu besar, sure cukup punya.


GB Norhamshah kah nie?
OMG!



Keputusan ujian bulan April Mukhriz.


Alhamdulillah... keputusan yang memberangsangkan walaupun hanya ujian. Hafazan dapat Mumtaz, tu yang aku nak dengar tu.... Aku masih ingat lagi, Mukhriz ambil ujian ni masa jari kelingkingnya retak last month, tp alhamdulillah dia dapat jawab dan menulis dengan baik. Keep it up, boy!



Monday, May 17

belated

Estrogen malas aku dah back to normal, tak macam ari tu, extreme! Maknanya aku dah rajin sikit nak hupdet mana yang patut.  So here are some interesting snippet of belated entries.

2 Mei... Sukan SK Saujana Utama. 

Afiq mewakili rumah Waja (hijau) untuk
acara 200M lelaki.


Ini merupakan sukan terakhir Afiq di SKSU.



Afiq terlibat dalam acara 4x100m,
menggondol tempat pertama.



Gaya ketua rumah sukan, Waja.
memberi semangat kepada anak buahnya.


Mukhriz mewakili Rumah Putra ( ungu).
Beratur tunggu turn.


Kesian Mukhriz... dipilih untuk lari 4x100m, tapi tak boleh turut serta sebab jari kelingkingnya yang patah masih belum baik. So masuk lumba KEPIT BOLA DI KETIAK! Jadilah... dapat second place.

As for Qme pulak, dia excited sangat coz this is his first year bersukan betul2. Last year kat Qdees, sukan main-main, participant pun tak ramai. Kemeriahan sukan SKSU memang terasa.


Qme mewakili Rumah Perdana (kuning)

Bila aku tanya, "Qme masuk lumba apa?" Dia tersipu-sipu jawab, "Aiskrim gergasi." Nampaknya aiskrim dengan keluarga aku cukup sinonim. 



Memang gergasi betul aiskrim ni.
Aku tanya Qme, "Kenapa tak jilat aiskrim tu masa lari?"
Hahahaa...


***************************************************************
17 April... Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Alor Gajah

Tengah hari tu, aku and hubby bergegas ke Melaka untuk menghadiri majlis ini. Alhamdulillah, sebaik saja kami sampai dalam pukul 3:15pm, majlis pun bermula. Ramai betul parents yang hadir. Sebagai new parents kat sini, kami hadirkan diri supaya tahu apa perancangan pihak Muafakat utk kebajikan pelajar2 di sini. Majlis dirasmikan oleh Dato' Yaakub B. Md Amin. Kalau nama dah orang Melaka, asyik berpantun ajer kerja dia. Tapi seronok jugak dengar pantun tu.



Barisan AJK dan dipengerusikan oleh Dr. Hamzaid Yahya, YDP Muafakat MRSM AG. He was my brother's ex Principal di Kolej Yayasan Melaka in '90s. I'm glad that now he's the YDP Muafakat for my son's school.


This is the SPM result from 2007-2009.

Keputusan SPM MRSM Alor Gajah sangat membanggakan. After MRSM Bitara, followed by MRSM Alor Gajah. MRSM Bitara ialah gabungan 3 buah MRSM yang pelajarnya terdiri daripada pelajar terpilih, yg betul2 best student from all around Msia. 

1st:  Mrsm Taiping, Perak.
2nd: Mrsm Jasin aka Tun Ghafar Baba, Melaka.
3rd: Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tapi dalam ranking semua MRSM, Alor Gajah dapat tempat ke-4 terbaik. Few months back, ada sorang hambaAllah post comment, bunyinya macam nie.

"Anonymous said...
FYI, MRSM Alor Gajah is a new mrsm, and it is not listed as one of the top 10 MRSMs. There are quite a number of MRSMs from Malacca, and amongst the best would be Jasin, followed by Tun Ghafar Baba & Terendak."

To this hambaAllah, my answer....
Firstly, true. It's new, started in 2007. Tapi baru tak bermakna tak boleh jadi excellent. And it is  proven that MRSM Alor  Gajah is not only top 10 but top 5!
And secondly, nampak sangat awak tak buat research sebab Jasin and Tun Ghafar Baba ialah MRSM yg sama, beb! And MRSM Alor Gajah is the only MRSM in Msia yg menjalankan soft skill. That's why MRSM AG nie dipanggil MRSM Terbeza...





Sempat jumpa Daniel and his senior lepas mesyuarat. Ingat nak belanja makan, tapi time nie dah hampir Maghrib. Next time maybe.


Wednesday, May 12

B.O.S.A.N

Tersangat BOSAN dgn template aku nie.
Dahlah nama blog aku nie digunapakai
oleh penyanyi tersohor Msia untuk brand cosmetic!
Arghhh! BOSAN!

New facelift and new name???



Tuesday, May 11

Buat Sang Suami....


Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya
individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan
dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan
fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2
kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang
isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah
suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini
kau " duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya
nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari
tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas
terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi
suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut
lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5
pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini
kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi
tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat
bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2
nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu
apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki
aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat
lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah
dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur
peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan
dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat
coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur
tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia
tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata
SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia
orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia
orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai
kereta korang, PS2 korang dan lain-lain
Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang
lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..
JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa
mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,
kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak
dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan
yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak
soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah
dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan
yg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak
berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari
langit......
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu
hidup dgn sendiri...
Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam
perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,
ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... ... ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...