My Insta

Instagram

Friday, April 23

Gurauan bawa padah

22 April, 1:30pm...
...aku terima panggilan drpd Ckg Rosilawati. Dia suruh aku datang segera ke sekolah sebab something happen kat Mukhriz. Aku terkejut sgt2. Bila aku tanya, kenapa dengan Mukhriz, Ckg R kata, lebih baik aku datang sendiri & tengok. Lagi la jantung nie rasa macam nak gugur. Sepanjang perjalanan ke sekolah, macam2 ayat aku baca utk hilang gemuruh. Sekolah tu depan rumah aku jer, jalan kaki pun tak sampai 5 minit. Tapi aku naik kereta sebab nak tenangkan hati seketika.

Sampainya aku kat pejabat penyelia petang, ada Mukhriz, seorang pelajar lelaki, penyelia, Ckg R & Ckg Sza Sza. Then Ckg R explain kat aku apa yang berlaku sebenarnya. Aku dinasihatkan bawa Mukhriz ke klinik sebab jarinya mula membengkak, tak sure sama ada patah ke atau apa. 

2:00pm...
...bawa Mukhriz ke klinik, then on doctor's adviced, Mukhriz kena ke hospital utk x-ray nak pastikan patah atau tak. 


Ini insiden bersejarah kedua menimpa Mukhriz selepas bee sting last year. Itulah kan... nama pun budak lelaki, tak boleh nak cakap apa. Aku redha dengan apa yang berlaku. Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini, hanya Dia saja yang tahu.


En. Zuhdi nie kata, kalau nak cepat baik
 kena minum susu banyak2 dan
makan ikan bilis goreng. 


Splint untuk dua jari supaya tulang yang retak cepat sembuh. Untuk hilangkan rasa sakit Mukhriz, En. Zuhdi ni kata, "Lepas ni adik belajar karate pulak tau. Tapi jangan karate kawan, karate peragut!" 


Kesian aku tengok Mukhriz. Aku pesan kat dia, ini jadi satu pengajaran bila main2 dengan kawan. Kalau nak bergurau dengan kawan, jgn extreme sangat sebab kita tak tahu apa reaction kawan tu. 

Budak yang sepak tangan Mukhriz tu, aku tengok muka dia pucat. Tak boleh salahkan budak tu juga, nama pun budak, budak tak berakal lagi. Cuma nasib Mukhriz kurang baik sebab dia yang jadi mangsa.

Macam yang hubby comment dalam FB...

"Lain kali jgn nakal sangat anak ayah nie..but Mukhriz is a tough person with a good heart..."

Alahai, anak den...


footnote: rupa-rupanya, budak yang tak sengaja mencederakan Mukhriz ialah Afiq, anak kawan aku, anak Shikin & Asyaari.





5 comments:

working mom... said...

alolo..kak, cian nyer mukhriz..
tp xper la, di budak lelaki..biasa la tuh..saya dulu yang pompusn ni pon, bersimen kaki sampai berminggu2..gara2 bergurau membawa padah jugak ler tu...ekekekekke

Disturbia said...

ciannya mukhriz...

get well soon yer

Runiza said...

Biasa lah kan... boys will always be boys... :)But itu semua proses pembelajaran diorang kan...

To Mukhriz... get well soon... next time be extra careful ya :)

hamidah said...

Biasa lah budak lelaki, baik lah insyallah. Kesian mukriz

thunbergia said...

budak budak kanns,

salamm,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...