My Insta

Instagram

Monday, April 12

Croc oh Croc...

Last wiken, aku 'dibuli' oleh anak2 dan suami pasal sandal croc. Apa taknya, diaorg semua (termasuk awin kat boarding school) pakai croc, kecuali aku. Ntahlah, aku tak berapa berkenan sangat dgn croc nie. Aku selalu cakap kat anak2, "Ibu dan croc tak ada chemistry". Tapi diaorg asyik pujuk aku pakai croc, kononnya nak jadi croc family. Bila dengar 'croc family', lagilah aku tak nak! (croc reptilia, aku mamalia!)

Tapi last Sunday, aku pasrah (chewah) gara2 Qme perli aku "Sape geng dengan ibu? Ibu tak ada croc." Tergelak aku dibuatnya. So, nak tak nak, masa on the way hantar Daniel balik MRSM, kami singgah di pasar pagi dekat Stadium Shah Alam. 

Memang dah rezeki aku agaknya... akhirnya aku bertemu croc yang ada chemistry dengan aku! Sekali try, saiz ngam, warna pun cun dan paling penting, comfortable sangat2. Apa lagi, rembatlah sepasang! Aku terus pakai time tu jugak. Bila aku tunjuk kat anak2 & hubby, barulah aku diiktiraf sebagai geng diaorang. Hahahaa... Hubby tanya, "Berapa hinggit?". Aku jawab "RM50. What to do, geng punya pasal!"



Jom kita tengok sape punya yang paling cun.



Daniel takut croc hilang kat asrama,
so dia beli croc button.



Afiq beli button Liverpool.


Mukhriz dengan button Pirate!



Hubby with his Lizard! 
Why cicak, meh?



Kenapa Qme ambil button MU?
Qme kan sokong Chelsea?
Ini mesti identity conflict nie...



Me? No button. Plain and simple. But will get one later. Dia orang letak syarat baru plak. Kalau nak jadi geng, mesti ada button! Parahhhh! Nak beli button apa ek?


Kat sini, macam2 croc button yang dijual. RM2 each, beli 5 dapat 1 free. Kiranya berbaloi beli kat sini compare beli kat tempat lain yang jual RM2.50 each and no free button! 


On the way ke Melaka, kami singgah kat R&R Seremban, terserempak pulak dengan Tuan Haji Hushim Salleh, pakar motivasi tersohor. Dia on the way ke Port Dickson, ada ceramah motivasi katanya.





7 comments:

working mom... said...

akak punya sama dgn saya punya yg telah selamatmasuk tong sampah gara2 di telan oleh eskalator di shopping mall...huhu, pengalaman ngeri lah...just to remind u and ur family to be xtra carefull when u use escalator while wearing ur crocs shoes...:)

Yanti Arshad said...

working mom,

noted. tqvm.

p/s: kena bawa sandal spare, bila nak naik escalator, tukar. hehehe

Runiza said...

hahahaha!! Akhirrrrrnyaaaaaa :D
I pun dulu macam u jugak yanti... tak suka croc! Tapi akhirnya pasrah.. now ada 2 terus crocs :D

KC said...

aku pun bukan peminat croc, seb baik xde sorang pun dlm famili aku yg minat kasut jenis nih...hehe.

eh why arr tak leh pakai crocs naik escalator? dulu pun pernah terbaca kat paper ada kaki budak hancus sbb pakai crocs naik escalator....seriau baca! salah satu sbb knape tak minat nak pakai....

Teratak Hami said...

Yanty, suka la tengok crocs you. Oklah dengan harga rm50 tu ..

Yanti Arshad said...

KC,

bukan tak leh pakai, maknanya kena hati2. maknanya lepas ni aku tak boleh naik escalator, kena naik elevator pulak! hehehe...

Yanti Arshad said...

Fizah,

tqvm... saya tengah tunggu adik2 saya kutuk saya kaw-kaw, sebab masa diaorg pakai croc, saya kutuk diaorg 'reptilia'. hehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...