My Insta

Instagram

Friday, April 23

Gurauan bawa padah

22 April, 1:30pm...
...aku terima panggilan drpd Ckg Rosilawati. Dia suruh aku datang segera ke sekolah sebab something happen kat Mukhriz. Aku terkejut sgt2. Bila aku tanya, kenapa dengan Mukhriz, Ckg R kata, lebih baik aku datang sendiri & tengok. Lagi la jantung nie rasa macam nak gugur. Sepanjang perjalanan ke sekolah, macam2 ayat aku baca utk hilang gemuruh. Sekolah tu depan rumah aku jer, jalan kaki pun tak sampai 5 minit. Tapi aku naik kereta sebab nak tenangkan hati seketika.

Sampainya aku kat pejabat penyelia petang, ada Mukhriz, seorang pelajar lelaki, penyelia, Ckg R & Ckg Sza Sza. Then Ckg R explain kat aku apa yang berlaku sebenarnya. Aku dinasihatkan bawa Mukhriz ke klinik sebab jarinya mula membengkak, tak sure sama ada patah ke atau apa. 

2:00pm...
...bawa Mukhriz ke klinik, then on doctor's adviced, Mukhriz kena ke hospital utk x-ray nak pastikan patah atau tak. 


Ini insiden bersejarah kedua menimpa Mukhriz selepas bee sting last year. Itulah kan... nama pun budak lelaki, tak boleh nak cakap apa. Aku redha dengan apa yang berlaku. Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini, hanya Dia saja yang tahu.


En. Zuhdi nie kata, kalau nak cepat baik
 kena minum susu banyak2 dan
makan ikan bilis goreng. 


Splint untuk dua jari supaya tulang yang retak cepat sembuh. Untuk hilangkan rasa sakit Mukhriz, En. Zuhdi ni kata, "Lepas ni adik belajar karate pulak tau. Tapi jangan karate kawan, karate peragut!" 


Kesian aku tengok Mukhriz. Aku pesan kat dia, ini jadi satu pengajaran bila main2 dengan kawan. Kalau nak bergurau dengan kawan, jgn extreme sangat sebab kita tak tahu apa reaction kawan tu. 

Budak yang sepak tangan Mukhriz tu, aku tengok muka dia pucat. Tak boleh salahkan budak tu juga, nama pun budak, budak tak berakal lagi. Cuma nasib Mukhriz kurang baik sebab dia yang jadi mangsa.

Macam yang hubby comment dalam FB...

"Lain kali jgn nakal sangat anak ayah nie..but Mukhriz is a tough person with a good heart..."

Alahai, anak den...


footnote: rupa-rupanya, budak yang tak sengaja mencederakan Mukhriz ialah Afiq, anak kawan aku, anak Shikin & Asyaari.





Wednesday, April 21

Bukan buta, cuma rabun


Semalam tepat 10 mlm, rumah aku blackout. Ingatkan semua blackout, rupa2nya rumah aku jer! Mujur time tu hubby dah balik dari kelas. So taklah panik sangat. Tapi yang jadi paniknya, kejap lagi citer feveret aku! Asmaradana! OMG! 

Actually, aku bukan jenis yang mengadap TV. Aku sebenarnya banyak bergantung pada AstroMax, recordable Astro decorder aku tu. Frankly aku tak ada masa nak duduk mengadap TV yang penuh dengan commercial. Kalau dengan AstroMax, aku dapat tengok tanpa gangguan commercial. Straight saja, tu yang best. Ok, back to my blackout thing.

Then aku call TNB (mujur straight away diaorg pick up call tu), they said within 2 hrs baru dapat datang. Aduh! Terlepaslah Asmaradana aku. No electricity, jawabnya bye-bye my Asmaradana!

Suddenly dalam kegelapan, Afiq bersuara, "Rileks la, bu. Esok ibu tengoklah dalam internet kat website TV3." Aku pun macam "Eh, budak nie perli aku ke atau nak kenakan aku?". "Betul ibu, kalau tak caya, esok ibu try."

Then dalam pukul 11:30, orang TNB pun sampai ( kata dikota, bagus, bagus!) Rupa2nya fius box dalam rumah buat hal. Dalam 12:05am everything settle.

Today, tengah hari, lepas Afiq lunch, aku suruh dia buatkan. Saja nak test... tengok betul ke atau tak dia cakap malam tadi. Dia duduk depan laptop aku (aku perhatikan saja) and suddenly.... WALLA! My Asmaradana!

"Itulah, cakap Afiq, ibu tak percaya." Aku pulak tercari2 ayat2 power untuk cover line. "Alah... ibu bukannya totally buta IT, cuma rabun sikit jer". 


Tuesday, April 20

24 years ago....

16 April... after 24 years tak jumpa, finally on this day, kami bertemu dengan izinNya. That day, macam-macam yang aku rasa. Nervous, segan, excited! Thanx to Mus sebab arrange kan small reunion ni kat FB. Walaupun ramai yang tak turn-up, tapi meriah. Seronok sebab masing2 tak hiporkit atau control macho atau jaga cun. Semua orang jadi diri masing2 dan rasa comfortable sangat2. 




L-R: Linda, Vita, Rudie, Maswira, aku and Mus.
Classmates since '81-'86 @ SR Jalan Kuantan Satu, KL.

Masa dalam kelas dulu, aku yang paling tinggi sampaikan diaorang panggil aku Yanti Panjang (apa punya nama daaaa). Second tallest was Linda. The shortest, Mus (until now she still hold that title... hehehe). Lencana sekolah tetap sama cuma warna biru tu, dulunya warna coklat. Banyak building dah bertambah and according to GB, JKS akan jadi Sekolah 1Malaysia next year. Bravo! Sekolah ini juga merupakan sekolah rendah kepada pemain bola sepak lagenda, Mokhtar Dahari, penganalisis politik, Abdul Razak Baginda and artis,  Norman KRU.


Our meeting point, Tmn Tasik TTwangsa. Reason? Sebab JKS betul2 bertentangan dengan Tsk TTwangsa. Actually kami tengah tunggu sorang lagi classmate kami, Ali.  


Kebetulan masa kami visit sekolah ni, ada motivasi utk pelajar2 UPSR. Jadi, Rudie yang memang expert bab PR, beri ucapan dan kata2 semangat buat semua pelajar bagi pihak kami. 


Aku dan Rudie.

Kami sempat melawat kelas 6J kami (guru besar bagi green light). Mus kata, kelas ni nampak sempit. Memanglah sempit sebab kita semua dah besar, Mus! 


  
Me & Linda, BFF!

Kami memang dari dulu sampailah sekarang berkawan baik. Kami sama2 jalan kaki pergi dan balik sekolah. Bila angin kus-kus datang, kami bergaduh, lepas tu baik balik. Begitulah sampai kami di sekolah menengah. Ayah Linda, polis. So dia duduk kat kuarters polis. Tiap kali balik sekolah, kena lalu kat rumah aku dulu. Tiap kali raya, aku yang habiskan kuah kacang & nasi himpit mak dia sebab sedap giler! Walaupun masing2 dah berkeluarga dan jauh terpisah, but we still keep in touch. 


L-R: Me, Linda, Mus & Vita.

Bila lepak kat kelas 6J nie, teringat zaman kanak2. Masing2 cuba recall gelagat zaman sekolah. Satu persatu nama cikgu terpacul dari mulut, nama2 budak paling nakal, budak yang nerd, cikgu mana paling garang. Kami tertanya2 apa jadi pada 3 classmates kami yg memang terkenal dengan nakalnya tapi pandai, Hasmizan (anak cikgu Rohani), Jasmani & Ridzuan.


Next to me is Ali Noor. Opps! Dr. Hj Ali Noor from HKL. 

Time ni Maswira dah balik (dia kena fetch anak balik sekolah), then replaced by Ali pulak... a single doctor but not available! Hahaha... As agreed by all, kami akan buat outing macam nie once or twice a month, depends on availability masing2. Tapi yang pasti, event on Julai sudah menanti... Ali's wedding!

Hopefully, lebih ramai lagi classmate 6JKS will join us for next outing. InsyaAllah...

To my friends...

Linda: Kita berdua tetap maintain, babe!
Mus: Ko memang katik forever... hehehe.
Vita: Jangan tunggu lama2, nanti diambil orang!
Rudie: I can read your mind. Hahaha!
Maswira: You 'r still the same... tak banyak cakap.
Ali: Ko tak ubah macam dulu... lebih banyak mendengar dari bercakap.



Thursday, April 15

Free pun salah?!


Few weeks ago, ada aku war2 kan kat kawan2 dalam FB, sesape yg nak aiskem mesia free, singgah jer kat rumah aku. Then suddenly aku dapat remark yang mengatakan "Jangan sampai timbul rasa riak" oleh hambaAllah bernama Khalil Abdul (aku memang purposely nyatakan di sini). Semua ini timbul, gara2 aku nyatakan pendirian yg aku tak nak tambah pendapatan dgn menjual aiskem mesia, sekadar nak tambah 'bekalan'. Aku pun terkedu sekejap. Riak? Tak pernah terdetik langsung dalam hati nie riak sebab bagi aiskem free. 

Entahlah.... itu yang buat aku terfikir. Bila aku nak cari 'bekalan', dikata riak. Bila aku jual nanti, dikatanya "Boleh kaya ke dengan jual aiskem" atau pun "Boleh untung ke?" ataupun "Buat apa jual, bagi jer free!". 

Tapi aku peduli apa! Ini cara aku menambah bekalan aku. Lagipun aku cuma bagi aiskem free, bukan bagi BMW free! 

Monday, April 12

Croc oh Croc...

Last wiken, aku 'dibuli' oleh anak2 dan suami pasal sandal croc. Apa taknya, diaorg semua (termasuk awin kat boarding school) pakai croc, kecuali aku. Ntahlah, aku tak berapa berkenan sangat dgn croc nie. Aku selalu cakap kat anak2, "Ibu dan croc tak ada chemistry". Tapi diaorg asyik pujuk aku pakai croc, kononnya nak jadi croc family. Bila dengar 'croc family', lagilah aku tak nak! (croc reptilia, aku mamalia!)

Tapi last Sunday, aku pasrah (chewah) gara2 Qme perli aku "Sape geng dengan ibu? Ibu tak ada croc." Tergelak aku dibuatnya. So, nak tak nak, masa on the way hantar Daniel balik MRSM, kami singgah di pasar pagi dekat Stadium Shah Alam. 

Memang dah rezeki aku agaknya... akhirnya aku bertemu croc yang ada chemistry dengan aku! Sekali try, saiz ngam, warna pun cun dan paling penting, comfortable sangat2. Apa lagi, rembatlah sepasang! Aku terus pakai time tu jugak. Bila aku tunjuk kat anak2 & hubby, barulah aku diiktiraf sebagai geng diaorang. Hahahaa... Hubby tanya, "Berapa hinggit?". Aku jawab "RM50. What to do, geng punya pasal!"



Jom kita tengok sape punya yang paling cun.



Daniel takut croc hilang kat asrama,
so dia beli croc button.



Afiq beli button Liverpool.


Mukhriz dengan button Pirate!



Hubby with his Lizard! 
Why cicak, meh?



Kenapa Qme ambil button MU?
Qme kan sokong Chelsea?
Ini mesti identity conflict nie...



Me? No button. Plain and simple. But will get one later. Dia orang letak syarat baru plak. Kalau nak jadi geng, mesti ada button! Parahhhh! Nak beli button apa ek?


Kat sini, macam2 croc button yang dijual. RM2 each, beli 5 dapat 1 free. Kiranya berbaloi beli kat sini compare beli kat tempat lain yang jual RM2.50 each and no free button! 


On the way ke Melaka, kami singgah kat R&R Seremban, terserempak pulak dengan Tuan Haji Hushim Salleh, pakar motivasi tersohor. Dia on the way ke Port Dickson, ada ceramah motivasi katanya.





Thursday, April 8

Sweet 17

3rd April, yearly... a big day for my only daughter. She's 17 now, time flies. Bila ada kawan2 kata, "Dah besar-besar anak kau." Terasa diri ini tua. Tapi tak kisahlah. Tua ke, muda ke, janji aku nampak macam ibu muda. hehehe..


Awin 1 yr old.


Awin 3 yrs old.

This is the biggest & most expensive gift for her bday we ever gave. Playhouse! Dulu, playhouse memang susah nak cari, kalau ada pun kat Subang Parade, Ikea atau Jusco. I still remember, me & hubby do some 'homework', surveying & comparing prices. Finally we agreed for this one. Time tu harganya, MasyaAllah! Kalau aku bagitau harganya, tentu ada yang kata membazir. RM750! Time tu tak rasa membazir, sebab waktu tu awin belum ada adik & we want the best for her (now baru terpikir "apa ke bodoh sangat aku ni?"). Kat dalam nie la dia main masak2, main pondok2, main cikgu2... by herself.



Awin 8 yrs old @Awana Porto Malai, Langkawi.

Zaman nie zaman kemahsyuran Dato' Azhar Mansor, rakyat Msia yang mengelilingi dunia dengan kapal layarnya. Time tu kami dapat tahu dia stay kat resort ni tapi tak dapat jumpa. So, tak  dapat ambil gambar dengan Dato', dapat ambil gambar dengan kapal Jalur Gemilang dia pun jadilah...




Sejak kecil, awin memang ulat buku. 


    Awin 9 yrs old.
Ini ialah majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Anak2 Warga TV3, dia salah seorang penerima anugerah. She always make us proud... 


Awin 15 yrs old
Seorang yang pendiam but very determined, always confident in whatever she does tapi orangnya pemalu. So far, other than homosapien, her best friends are MP4 & laptop. Believe it or not, she managed to survive  without handphone. She prefers it that way. No matter where she goes, she still can be contacted. Let say, dia nak jumpa Nad or Ina or whoever lah kan, so dia akan bagi aku no. fon kawan2 dia tu in case of emergency. So communication is not a problem for us walaupun Awin tak ada handphone. :-D


Awin 15 yrs old
Another best achievement from Awin. She scores 8As in PMR 2008 in SMKSU, now she's at SBPi, Rawang and will sit for her SPM exam this year.



Awin 16 yrs old.
Too big for you, dear! Her last day with the Playhouse. When I told her that I wanted to donate this playhouse to our dearest friend, Principal Emy for her kindy, she said "okay, no problem". Then, kami pun bergotong-royonglah men'dismantle'kan dan basuh playhouse nie sebelum di hand-over to Principal Emy dengan harapan her students will make a good use of  it.

Awin sweet 17!
This year is a very important year for Awin. She must work hard for her SPM. I hope she can score 9A+ or at least 9As. Lately, she expressed her concern about the big exam. I know she's under pressure. I dont blame her. For SPM 2009, sekolah Awin ialah SBP ke-6 terbaik dan SBP Integrasi kedua terbaik di Msia. Jadi dah tentu cikgu2 mahukan target yg lebih baik lagi tahun ini. All I can say to her.."Remember, you are the best among the best. If you work hard, insyaAllah you will succeed. We know you can do it."


Happy Birthday to you, Awin.
We all love you!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...