My Insta

Instagram

Monday, March 22

Pantai Puteri

Cuti sekolah dah nak habis. Seperti biasa, destinasi terakhir ialah ke rumah maklang di Melaka sebab kena hantar Daniel balik MRSM. Kebetulan pulak, mak dan abah turun Melaka dgn Alan ( Alan baru dapat 'kuda' plat WTP... tu yang rajin bawa mak & abah sana sini).

Petang Sabtu kami ke Pantai Puteri, lepak tepi laut sebab dah muak dengan hotel & swimming pool. Tak plan pun sebenarnya. Lepas Zohor, terus gerak dari rumah maklang memandangkan cuaca pun mendung sejak pagi. Memang petang tu acara berkelah santai... makanan/minuman pun tak bawa. Plan beli saja kat situ nanti.

Daniel, Afiq & Alan set up khemah,
senang nak salin baju dalam tu.


Daniel & his drawing.

Aku 'kureng' sikit kalau bermandi-manda kat open sea ni.
Takut kena gigit udang. Hehehe...


Qme & Alan take a dip in the sea.


Kononnya nak buat magik!
Before (insert) & after.

Pertandingan bina sand castle!

Setelah 'memasinkan' diri selama beberapa jam, kami pun berangkat pulang. Time tu hampir Maghrib. I guess that's the closing of our xtvt for this school holiday. InsyaAllah kalau panjang umur, destinasi lain bakal menyusur.
Mak & Abah turut berkonvoi untuk hantar Daniel.

Sunday, after Zohor, kami kena hantar Daniel. Seminggu cuti rasanya tak puas spend time dengan anak2. At least dapat bersama Daniel sampai Sunday. Kesian Awin yang terpaksa balik asrama Jumaat pagi sebab ada bengkel for SPM students. 

Sempat berposing.
p/s: 3 mat inter-frem mana pulak yang kat belakang aku tu?

Lepas hantar Daniel, abah ajak singgah makan cendol yang famous kat Seremban. Ala... cendol famous yang dapat publisiti media tu.... Cendol Leman Dawi. Malangnya kami tak ada rezeki that day. Cendol habis! Macam mana tak habis, tengoklah banner tu "Cendol Tambah Percuma!". Menurut Pak Cik Leman, pada 25/3 dia beri cendol free dari pagi sampai petang. Sesapa yang singgah, sure dapat makan cendol free. 


Kata Pak Leman lagi, dia buka kedai dari 10 pagi - 5 petang setiap hari, tapi selalunya pukul 3 cendol dah habis. Pak Cik Leman ni ringan mulut betul... mulut dia riuh, non-stop bercakap. Tanya apa saja, dia jawab dari A-Z, habis segala fakta dia sebut. 


On the way back, ternampak banner nie.
First time aku jumpa.

4 comments:

Runiza said...

yanti... kat mana diamnya Cendol Leman Dawi tu?? Seremban kan? Saya selalu dengar... tapi tak tau kat mana...

Yanti Arshad said...

iza,

kalau dari hway, masuk kat exit yg tulis Seremban, Senawang, K. Pilah.

Lepas tol, ada traffic lite, turn right, then straight saja... agak jauh juga dari traffic lite tu. Kedai tu sebelah kiri... sure jumpa sebab tak ada kedai lain kat situ.

JALAN REBUNG said...

salam yanti,

pantai puteri memnag best ...cuma kalau kat area yang org dok pancing tu tak best lak kalau nak main air ...

p/s: dah pegi ke kl book fair

Yanti Arshad said...

hi jln rebung.

memang nak gi cuma tgh mencari2 hari yg sesuai.

p/s: dah lama tak jenguk blog saya... ingatkan dah lupa... :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...