My Insta

Instagram

Wednesday, March 31

Mukhriz 8

Last week, Mukhriz bisik kat telinga aku...
"Ibu, qish nak mintak sesuatu, ibu boleh bagi tak?"
"Minta apa? Kalau benda baik, mesti ibu bagi."
"Qish dah besar, boleh tak ibu panggil qish dgn nama lain?"
"Nama lain? Nama apa?"
 "Ibu janganlah panggil Qish, itu macam nama pompuan. Ibu panggil Riz atau Danish."
"Tapi ibu suka panggil Qish"
"Okey, tapi kat rumah saja tau. Kalau kat tempat lain atau dalam blog ke, dalam pesbuk ke, tulis Riz atau nama penuh."
"Okeylah, En. Mukhriz Danish".

Tersengih2 dia dengar jawapan aku.

Itulah permintaan Mohd Mukhriz Danish yang hari ini genap 8 tahun. Harap2 bila umurnya 18 tahun, dia tak mintak yg bukan2 macam....belikan Beamer ke, Merc ke, Nissan Fairlady ke atau yang seangkatan dengannya. Parahhhh!

Mukhriz, 18 days.

Antara lima beradik, Mukhriz the biggest. 3.9kg! He was born @DSH. I still remember... masa tu petang Sabtu, aku baru balik dari Giant beli barang dapur. Maghrib pulak, mak & abah datang rumah. Saja nak tengok keadaan aku yang dah sarat. Lepas dinner, we all tengok cerekarama TV3, Ratu Jamu (sape blh lupa drama Azian Irdawati nie, kan?) Time tu dah rasa sakit semacam. Aku bagitau mak, mak beria2 suruh terus gi DSH. Tapi disebabkan dah malam pukul 11 lebih, mata pun mengantuk, aku terus masuk tdo.

The next day, early morning, sakit makin kuat. Sempat breakfast dulu, then baru gerak ke DSH. Mujur hari Ahad, jalan tak sesak. Sebaik saja sampai, buat apa yang patut and within 2 hours, aku pun selamat bersalin. Among all, Mukhriz yang paling senang time nak bersalin. Yang paling mencabar, Haqimie... C-section. Yang paling sakit, Afiq... sampai kena induce sebab tak nak keluar! 



Mukhriz 9 months.
Bakal pendaki Everest. Dari awal dah kena training!


Mukhriz 3yrs old.
Hajat hati nak jadi dancer utk Dato CT!

Mukhriz bila bergambar, penuh dengan aksi tersendiri.


Mukhriz 4 yrs old.
Berkelah di sungai sebelah Gua Kelam, Perlis.


Mukhriz 6 yrs old.
Dinner @Rest. Rebung owned by Dato Dr. SMS.


Swimming, one of his favourite xtvt.


Qish Mukhriz and ibu.

Mukhriz ni ada nickname yang unik. Mak cik & pak cik dia suka panggil dia 'mata takung', kami kat rumah suka sakat dia dengan panggilan Aedes. Nak tahu kenapa? Bila dia nangis, air matanya akan bertakung, bergenang dalam mata cukup lama, tak tumpah2. Bila berkelip banyak kali, baru air mata tu menitis. Sebab tu  pangil mata takung. 

Panggilan Aedes pulak, bila air bertakung terlalu lama, nyamuk Aedes senang nak membiak. So bila dia nak menangis jer, kami akan kata "Nak jadi Aedes la tu!"  So, perkataan Aedes tu cukup sensitif bagi dia. :-D


100 pcs of muffins & Munira lychee drink

Sejak Mukhriz tadika lagi, tiap kali bday dia, kawan2 kelas dia dapat jajan, belon, mainan, sweets, air kotak, etc. But this year, aku nak tukar sikit. Blueberry mufin and lycee drink. So setiap sorang dapat 1 pek of mufin + lychee drink. Aku choose Munira lychee drinks ni (actually ada flavour lain) sebab air laici memang fav Mukhriz, selain harganya yg murah (RM0.80 per pack), ia HALAL (dari segi proses sampailah kepada packing) dan setanding dengan rasa air lychee brand Yeos, Seasons, etc (nak promote nie!). Nak bagi kat budak2, kenalah benda yang baik2, kan?

Happy birthday, my love.
Ibu sayang Mukhriz!




10 comments:

Runiza said...

Happy birthday Mukhriz :) Sedap nama Mukhriz tu... moga jadi anak yang soleh serta cemerlang dunia dan akhirat :)

zarin said...

happy burthday to mukhriz..pandai pulak dia mintak u panggil nama lain ye! tp kan i suka lah pulak nickname qish tu :-)

Yanti Arshad said...

iza,

insyaAllah...

Yanti Arshad said...

zarin,

me toooo...

the principal said...

nasib baik tak mintak tukar nama terus...

happy bday mukhriz

Yanti Arshad said...

emy,

sejak i pregnankan dia, i nak letak nama mohd muadz. tp entah macam mn teringat kat Dato' Mukhriz Tun Mahathir. lagipun nama tu very rare org guna.

hopefully mukhriz mazlan blh jadi macam mukhriz mahathir.

hehehehe...

KC said...

oh dah 8 tawun umur dia ek...hepi besday from auntie KC..muda setawun from my kak ngah...;)

Disturbia said...

Happy Birthday to Mukhriz...
Actually saya suka jer kak Yanti panggil dia Qish... cam manja2 gitue.. heheheheh

Yanti Arshad said...

KC

really?

Yanti Arshad said...

rihen,

kak yanti pun suka nick tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...