My Insta

Instagram

Saturday, March 6

mean no harm...

Firstly, bila uol baca entry nie, janganlah bersangka buruk pada aku ya. Aku buat entry ni bukannya nak show-off atau ada maksud lain. Ini sekadar cerita.

Maybe ada yang sudah maklum, belakang rumah aku nie ialah laluan basikal & motor utk ke sekolah. Aku panggil track.  So every morning, tengah hari dan petang, track ni memang busy dengan budak-budak yang pergi/balik sekolah atau parents yang bermotosikal menghantar/fetch anak-anak mereka. Dapur aku pulak mengadap track. Kekadang ada budak yang saja mengusik aku, "Sedapnya bau mak cik masak." (selalunya tengah hari budak tengah lapar, aku buat 'mata-kerb' pun mereka cakap sedap... hehehe) 

Last year, aku selalu juga belikan jajan untuk sedekah belanja budak-budak tu. Aku akan buka pintu dapur, duduk dan tunggu mereka lalu.  Saper cepat, dia dapat. But mostly semua yang lalu dapat. Aku selalu ingat pesan mak. "Selalulah bersedekah dengan budak-budak, bagi dengan ikhlas & baik. Budak-budak jiwanya bersih dan mereka pembawa rezeki."

Mungkin sebabkan itulah, aku suka bila kawan anak-anak aku datang. Sama ada study group atau saja menyinggah. Kalau aku memang tahu mereka nak datang, aku akan prepare something for them. Tapi kalau tiba-tiba dah terpacul depan gate, aku hidangkan apa yang ada walaupun biskut tawar dan roti. Nak makan, makan. Tak nak, tak apa. Tapi nama pun budak, kan? Dia orang belasah apa saja, tu yang aku suka. :-D

Tapi xtvt belanja jajan kat budak2 dah lama aku tinggalkan kerana kekangan masa. Tiba-tiba jer semalam, aku baru teringat. "Hari Jumaat, budak2 balik awal, pukul 12. Okey juga kalau bagi sandwic, diaorg boleh mamam on their way back sambil kayuh basikal." 

Aku mintak Qish tolong distribute.
(kesian, member baru balik dr sek agama time tu). 

Tapi aku dapati satu patern baru this time. 30% budak2 yg lalu tu, reject sandwic aku. They dont even stop! Kayuh laju buat deq jer. Hey, what had happened?! Aku cerita kat hubby. Hubby kata mungkin ramai budak2 dah alert tentang pesanan ibu bapa, "Dont talk or take anything from strangers." Hey, but this is me! I'm no stranger. They know me, they see my face everyday! 

Tapi aku tak salahkan budak2 yg reject sandwic aku tu. Baguslah diaorang ingat pesan mak ayah diaorang. Mungkin ada juga yang malu2 nak ambil. Mahu tapi malu :-D. "Aiman tak kisah".

So moral of the story are...

No. 1: Parents, please tell your child/ren "Ignore strangers KECUALI kalau ada mak cik kat belakang Jln C11 bagi apa-apa makanan, take it, she means no harm." :-D

No. 2: Ais krim Malaysia on da way!

9 comments:

Teratak Hami said...

Yanty,
Ayoyo, anak saya lalu "wrong way", takde rezeki.... hehehe ...

Maybe budak-budak yang "reject" tu segan agaknya.

Niat you baik, insyaAllah ada balasannya.

the principal said...

very noble of you. keep it up

Yanti Arshad said...

Fizah,

suruh jer twins tu lalu kat belakang rumah i... no sweat! hehe..

Yanti Arshad said...

emy,

u r welcome too... u pun habis kejer around that time jugak, kan? hehehehe

Uncle Lee said...

Hello Yanti, well done! Outstanding. There is a saying, 'hands that help are Holier than lips that prey'.
And you, young lady...girls like you with your heart of 22k gold don't grow on trees.
You have fun and keep a song in your heart and keep it up. Lee.

Yanti Arshad said...

dear lee,

tq so much... really appreciate it. :-D

Runiza said...

wah yanti... pesal awak tak beli rumah kat sekolah anak saya?? teehehehe

Yanti Arshad said...

iza,

kahkahkah!

anak saya kata, "kalau ibu jual kat tepi jalan, kita boleh dapat duit, boleh jadi kaya!". hehehe

hamidah said...

so sweet of you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...