My Insta

Instagram

Wednesday, March 31

Mukhriz 8

Last week, Mukhriz bisik kat telinga aku...
"Ibu, qish nak mintak sesuatu, ibu boleh bagi tak?"
"Minta apa? Kalau benda baik, mesti ibu bagi."
"Qish dah besar, boleh tak ibu panggil qish dgn nama lain?"
"Nama lain? Nama apa?"
 "Ibu janganlah panggil Qish, itu macam nama pompuan. Ibu panggil Riz atau Danish."
"Tapi ibu suka panggil Qish"
"Okey, tapi kat rumah saja tau. Kalau kat tempat lain atau dalam blog ke, dalam pesbuk ke, tulis Riz atau nama penuh."
"Okeylah, En. Mukhriz Danish".

Tersengih2 dia dengar jawapan aku.

Itulah permintaan Mohd Mukhriz Danish yang hari ini genap 8 tahun. Harap2 bila umurnya 18 tahun, dia tak mintak yg bukan2 macam....belikan Beamer ke, Merc ke, Nissan Fairlady ke atau yang seangkatan dengannya. Parahhhh!

Mukhriz, 18 days.

Antara lima beradik, Mukhriz the biggest. 3.9kg! He was born @DSH. I still remember... masa tu petang Sabtu, aku baru balik dari Giant beli barang dapur. Maghrib pulak, mak & abah datang rumah. Saja nak tengok keadaan aku yang dah sarat. Lepas dinner, we all tengok cerekarama TV3, Ratu Jamu (sape blh lupa drama Azian Irdawati nie, kan?) Time tu dah rasa sakit semacam. Aku bagitau mak, mak beria2 suruh terus gi DSH. Tapi disebabkan dah malam pukul 11 lebih, mata pun mengantuk, aku terus masuk tdo.

The next day, early morning, sakit makin kuat. Sempat breakfast dulu, then baru gerak ke DSH. Mujur hari Ahad, jalan tak sesak. Sebaik saja sampai, buat apa yang patut and within 2 hours, aku pun selamat bersalin. Among all, Mukhriz yang paling senang time nak bersalin. Yang paling mencabar, Haqimie... C-section. Yang paling sakit, Afiq... sampai kena induce sebab tak nak keluar! 



Mukhriz 9 months.
Bakal pendaki Everest. Dari awal dah kena training!


Mukhriz 3yrs old.
Hajat hati nak jadi dancer utk Dato CT!

Mukhriz bila bergambar, penuh dengan aksi tersendiri.


Mukhriz 4 yrs old.
Berkelah di sungai sebelah Gua Kelam, Perlis.


Mukhriz 6 yrs old.
Dinner @Rest. Rebung owned by Dato Dr. SMS.


Swimming, one of his favourite xtvt.


Qish Mukhriz and ibu.

Mukhriz ni ada nickname yang unik. Mak cik & pak cik dia suka panggil dia 'mata takung', kami kat rumah suka sakat dia dengan panggilan Aedes. Nak tahu kenapa? Bila dia nangis, air matanya akan bertakung, bergenang dalam mata cukup lama, tak tumpah2. Bila berkelip banyak kali, baru air mata tu menitis. Sebab tu  pangil mata takung. 

Panggilan Aedes pulak, bila air bertakung terlalu lama, nyamuk Aedes senang nak membiak. So bila dia nak menangis jer, kami akan kata "Nak jadi Aedes la tu!"  So, perkataan Aedes tu cukup sensitif bagi dia. :-D


100 pcs of muffins & Munira lychee drink

Sejak Mukhriz tadika lagi, tiap kali bday dia, kawan2 kelas dia dapat jajan, belon, mainan, sweets, air kotak, etc. But this year, aku nak tukar sikit. Blueberry mufin and lycee drink. So setiap sorang dapat 1 pek of mufin + lychee drink. Aku choose Munira lychee drinks ni (actually ada flavour lain) sebab air laici memang fav Mukhriz, selain harganya yg murah (RM0.80 per pack), ia HALAL (dari segi proses sampailah kepada packing) dan setanding dengan rasa air lychee brand Yeos, Seasons, etc (nak promote nie!). Nak bagi kat budak2, kenalah benda yang baik2, kan?

Happy birthday, my love.
Ibu sayang Mukhriz!




Friday, March 26

Aiskem Mesia

Sebut saja aiskem mesia, semua org tahu. So today, aku plan nak bagi kat budak2 yg balik sekolah. Dengan hari yg panas terik, memang sesuai sangatlah. Hopefully diaorg suka. Ari tu bagi sandwic, kurang sambutan. 



Next time nak buat sirap & milo flavour.
Pernah tak dengar pantun nie.
"Aiskem malaysia,
tak laku balik india!"



As usual, Mukhriz jadi 'tukang karut'!
"Ais kem free, ais kem free,
tak ambil rugi!"


Pak Wira kita ni dah jadi regular customer.
Dari jauh dia dah slow-down kan basikal.
Bagus, bagus!

Adam Fareeq, best friend Qme masa kat Qdees.
Selalunya Mukhriz bagi, dia malu nak ambil, tapi kali nie 
Qme yang hulurkan, pasal tu dia ambil.


Cik Putra kita ni pun dah tak segan2.
Yalah, kan... budak mana yang tak nak ais krim?!

Mungkin budak2 nie dah tahu rutin aku..."kalau gate belakang ternganga, mesti mak cik nie nak bagi something". Ramai yang dah tak malu2 nak ambil. Itu yang aku suka. Tapi aku tak bagi hari2, Friday saja. Ambil berkat hari Jumaat...

Water Park Gambang


Frankly, I have no big plan for the kids during this school holiday. My initial plan was to fetch Awin & Danial from their boarding school, then middle of the week gi berkelah kat Rimba Jinbara jer. Out of the blue, plan aku tersasar jauh, semua nie gara2 termasuk blog Fizah. But thanks to her bcoz we finally made it!



Ingatkan Qme boleh lepas! Ceh!

The journey took us about 2 1/2hrs. We reached there about 10am. Waktu tu belum ramai orang, parking pun masih melambak2 lagi. To those who are interested to come, here are some rough figures for your budget.

Petrol: RM60 pergi balik (depends on type of car )
Tol : RM50 pergi balik (from Tol Karak to Tol Gambang)
Ticket price : RM19.90 adult / RM12.90 kid (if your child is shorter that the above-penguin, it's free)
Accomodation : Ada a few apartmens (lupa nak check price sebab kami one day trip)




Good things about this place are...
1) ... it's a cashless park. Tak perlu bawa cash utk membeli. It's like your Touch n Go card. Minimum top-up is RM50. Top-up nie actually sewa + deposit. For example, one tube is RM15. Harga sewa tube is RM6 + harga deposit is RM9. Deposit tu akan burn kalau tube yg disewa hilang atau rosak. And don't worry, deposit tu refundable. 

2) ... we paid RM100 top-up for two big tubes, two lockers and lunch. By end of the day, we got a refund of RM42. Bolehla...

3) ... tempatnya tak berapa luas, meaning you can observe your child/ren from distance at Penguin Island.

Seronoknya Mukhriz main kid's slide

Penguin Island is a place for kid's slide & family hut. No need to worry because their lifeguard sentiasa alert mengawasi kanak-kanak. 



Bad things about this place...
1) ... kat entrance, makanan tak dibenarkan bawa masuk langsung. Kalau bawa jajan pun, selected jajan saja yg boleh bawa masuk. Roti or whatsoever, tak boleh! If you say "Alah... boleh sorok dalam beg". Jangan terkejut bila beg tangan anda turut digeledah! Air yang dibenarkan bawa masuk, cuma 'sky juice'.

2) ... makanan mahal giler  nak mampus!! The only lunch yang murah ialah nasi lemak! Kalau beli package, harga nasi lemak + air lebih kurang RM8. Kalau beli nasi lemak saja, harganya RM5.90! Nasib baik nasi lemak tu memenuhi citarasa tekak kami... Mujur kami bawa mineral water sendiri.

Seronoknya dia!



For the first time this year,
I actually had time to have fun.



Hubby, as usual, melayan kerenah anak2.



They hardly meet each other.

Time cuti sekolah saja, they really have fun. Kalau tak, berbakul2 homework yang dibawa balik dari boarding school, especially Awin. 



Journey of Ice.

This is one of the obstacle in the Journey of Ice.
Sakit juga badan bila kena hempap dengan air tau!


Double-tube.

These are the tubes that I mentioned before. Ke mana saja kita pergi, benda nie kena diangkut sekali. Kalau hilang, you can say goodbye to your deposit money. Benda ni taklah berat mana, cuma saiznya yang irritating!

At the end of the Galaxy Raft ride.

Yang ini slide dalam tunnel gelap. Yang paling scary, Family Raft. It's the longest family raft ride. Kami bertujuh naik satu raft yang ditolak dari tempat tinggi ke dalam open tunnel, so it's like riding a water roller-coaster! Ampun, aku tak nak naik lagi!


6 Lane Racer Slide with timing scoreboard.

Aku tak sempat nak check berapa ketinggiannya tapi memang cukup tinggi. Cara slide pulak lain macam. Meniarap atas Slide Mat, ala-ala Superman terbang gitu. Ngeri bila tengok dari bawah.


The longest, best slide ever!
A must-try slide.

Awin with her tikar terbang!


AquaPlay. 

Duduk di bawah, tunggu sampai air penuh dalam mulut ikan,
then... SPLASH!

Glacier river, an unmatched experience.

Fridge magnet is a must for me.


Berposing sebelum balik.



ATV pun ada.
(background is Arabian Night Suite)

Pony ride & trem pun ada.

All good things do come to an end. If most days are like this, it'd be heaven enough.


Monday, March 22

Pantai Puteri

Cuti sekolah dah nak habis. Seperti biasa, destinasi terakhir ialah ke rumah maklang di Melaka sebab kena hantar Daniel balik MRSM. Kebetulan pulak, mak dan abah turun Melaka dgn Alan ( Alan baru dapat 'kuda' plat WTP... tu yang rajin bawa mak & abah sana sini).

Petang Sabtu kami ke Pantai Puteri, lepak tepi laut sebab dah muak dengan hotel & swimming pool. Tak plan pun sebenarnya. Lepas Zohor, terus gerak dari rumah maklang memandangkan cuaca pun mendung sejak pagi. Memang petang tu acara berkelah santai... makanan/minuman pun tak bawa. Plan beli saja kat situ nanti.

Daniel, Afiq & Alan set up khemah,
senang nak salin baju dalam tu.


Daniel & his drawing.

Aku 'kureng' sikit kalau bermandi-manda kat open sea ni.
Takut kena gigit udang. Hehehe...


Qme & Alan take a dip in the sea.


Kononnya nak buat magik!
Before (insert) & after.

Pertandingan bina sand castle!

Setelah 'memasinkan' diri selama beberapa jam, kami pun berangkat pulang. Time tu hampir Maghrib. I guess that's the closing of our xtvt for this school holiday. InsyaAllah kalau panjang umur, destinasi lain bakal menyusur.
Mak & Abah turut berkonvoi untuk hantar Daniel.

Sunday, after Zohor, kami kena hantar Daniel. Seminggu cuti rasanya tak puas spend time dengan anak2. At least dapat bersama Daniel sampai Sunday. Kesian Awin yang terpaksa balik asrama Jumaat pagi sebab ada bengkel for SPM students. 

Sempat berposing.
p/s: 3 mat inter-frem mana pulak yang kat belakang aku tu?

Lepas hantar Daniel, abah ajak singgah makan cendol yang famous kat Seremban. Ala... cendol famous yang dapat publisiti media tu.... Cendol Leman Dawi. Malangnya kami tak ada rezeki that day. Cendol habis! Macam mana tak habis, tengoklah banner tu "Cendol Tambah Percuma!". Menurut Pak Cik Leman, pada 25/3 dia beri cendol free dari pagi sampai petang. Sesapa yang singgah, sure dapat makan cendol free. 


Kata Pak Leman lagi, dia buka kedai dari 10 pagi - 5 petang setiap hari, tapi selalunya pukul 3 cendol dah habis. Pak Cik Leman ni ringan mulut betul... mulut dia riuh, non-stop bercakap. Tanya apa saja, dia jawab dari A-Z, habis segala fakta dia sebut. 


On the way back, ternampak banner nie.
First time aku jumpa.

Friday, March 12

The Award

"Yanti dear, jangan lupa amik award at zarinbahrin.blogspot ye!" Agak terkejut beruk juga bila dapat emel macam tu. Award nie from Zarin. Thank you, thank you, thank you so much, dear.  Actually dah ages since i received my last award. But i did gave one early this year to some bloggers... i guess we get what we give, huh? 





Here are the rules to accept the award :
1. Thank & link the person that gave you the award.  (done that)

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic (will do it later)



3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award - (orite, when available)



4. State 7 things about yourself.



1. I'm a very determine person. 
2. I love to blog, read.
3. I'm a very protective mum (not over protective)
4. I will work hard to make sure my kids excel in whatever they do (ada neber kata, "Yanti tu, anak exam, dia pun exam!". )
5. I love gardening .
6. I dont like internet-chatting.
7. I like surprises! 



Thank you again to Zarin for this award, i really appreciate it.

Saturday, March 6

mean no harm...

Firstly, bila uol baca entry nie, janganlah bersangka buruk pada aku ya. Aku buat entry ni bukannya nak show-off atau ada maksud lain. Ini sekadar cerita.

Maybe ada yang sudah maklum, belakang rumah aku nie ialah laluan basikal & motor utk ke sekolah. Aku panggil track.  So every morning, tengah hari dan petang, track ni memang busy dengan budak-budak yang pergi/balik sekolah atau parents yang bermotosikal menghantar/fetch anak-anak mereka. Dapur aku pulak mengadap track. Kekadang ada budak yang saja mengusik aku, "Sedapnya bau mak cik masak." (selalunya tengah hari budak tengah lapar, aku buat 'mata-kerb' pun mereka cakap sedap... hehehe) 

Last year, aku selalu juga belikan jajan untuk sedekah belanja budak-budak tu. Aku akan buka pintu dapur, duduk dan tunggu mereka lalu.  Saper cepat, dia dapat. But mostly semua yang lalu dapat. Aku selalu ingat pesan mak. "Selalulah bersedekah dengan budak-budak, bagi dengan ikhlas & baik. Budak-budak jiwanya bersih dan mereka pembawa rezeki."

Mungkin sebabkan itulah, aku suka bila kawan anak-anak aku datang. Sama ada study group atau saja menyinggah. Kalau aku memang tahu mereka nak datang, aku akan prepare something for them. Tapi kalau tiba-tiba dah terpacul depan gate, aku hidangkan apa yang ada walaupun biskut tawar dan roti. Nak makan, makan. Tak nak, tak apa. Tapi nama pun budak, kan? Dia orang belasah apa saja, tu yang aku suka. :-D

Tapi xtvt belanja jajan kat budak2 dah lama aku tinggalkan kerana kekangan masa. Tiba-tiba jer semalam, aku baru teringat. "Hari Jumaat, budak2 balik awal, pukul 12. Okey juga kalau bagi sandwic, diaorg boleh mamam on their way back sambil kayuh basikal." 

Aku mintak Qish tolong distribute.
(kesian, member baru balik dr sek agama time tu). 

Tapi aku dapati satu patern baru this time. 30% budak2 yg lalu tu, reject sandwic aku. They dont even stop! Kayuh laju buat deq jer. Hey, what had happened?! Aku cerita kat hubby. Hubby kata mungkin ramai budak2 dah alert tentang pesanan ibu bapa, "Dont talk or take anything from strangers." Hey, but this is me! I'm no stranger. They know me, they see my face everyday! 

Tapi aku tak salahkan budak2 yg reject sandwic aku tu. Baguslah diaorang ingat pesan mak ayah diaorang. Mungkin ada juga yang malu2 nak ambil. Mahu tapi malu :-D. "Aiman tak kisah".

So moral of the story are...

No. 1: Parents, please tell your child/ren "Ignore strangers KECUALI kalau ada mak cik kat belakang Jln C11 bagi apa-apa makanan, take it, she means no harm." :-D

No. 2: Ais krim Malaysia on da way!

Monday, March 1

jatuh standard....?





Aku nie boleh dikategorikan suka cuci kereta, tak kiralah kereta aku sendiri atau kereta hubby (tapi bila ada kelapangan lar...). Namun persepsi sesetengah kawan aku, "Itu kan kerja org lelaki, jatuhlah standard kita kalau kita basuh kereta! Laki Suami kan ada, biarlah laki suami yang  buat." Ya ke? Persepsi macam tu tak pernah terlintas dalam kepala aku.  

Prinsip aku, kereta mesti mau bersih especially kalau nak outing. Kalau sempat, hantar saja ke carwash, kalau tak sempat, basuh sendiri ikut kemampuan. Kalau memang tak sempat sangat, aku pastikan bahagian dalam betul2 bersih. Tak ada tisu sana-sini, candy wrapper, botol mineral. If possible, vacuum kasi bersih.

Jadi pada aku, tak ada kena-mengena dengan jatuh atau naiknya standard. Lagipun basuh kereta dianggap satu riadah juga. Ingat, bila nadi kita berdenyut lebih dari 140 kali, maknanya we burn our fat. Kan bagus...

Jadi korang rasa jatuh standard ke kalau perempuan cuci kereta? Tolong komen sikit....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...