My Insta

Instagram

Monday, February 22

Jika itu ketentuanNya...


Entry aku kali ini diiringi dengan kedukaan. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan namun aku terima dengan redha. Yang Maha Esa anugerahkan kami sekeluarga kegembiraan kemudian Dia jugalah yang menguji kami.

"...Bismillah-hirrohman-nirrohim. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa ke atas hambaMu ini. Engkau ampunkanlah dosa2ku kerana Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah ya tuhanku, aku ini hambaMu yang lemah lagi jahil, namun aku terima semua dugaanMu dengan hati yang terbuka seperti mana aku menerima rezekiMu yang melimpah-ruah. Ya Allah, sekiranya Engkau menurunkan musibah di atas dosa2ku, engkau turunkanlah musibah itu kepadaku, bukan kepada ahli keluargaku terutama anak-anakku. Janganlah Engkau hukum mereka di atas kesalahan2ku, Ya Allah. Kiranya ini adalah dugaan daripadaMu, aku redha kerana aku tahu, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya... Amin."




This pic was taken a few hours b4 the incident.

Selasa, 16 Feb...
...kami bertolak ke Melaka sebab esoknya nak hantar Danial register @MRSMAG. Pagi tu sempat jumpa K. Nori (daniel's adopted mum) sebelum berangkat. Memandangkan kampung aku cuma 10 minutes drive from MRSMAG, kami singgah MRSMAG dulu, saja nak tahu jalan supaya esoknya tak payah tercari-cari tempat tu.



L-R: Maklang's & Maklong's house.

3:30ptg...
...kami sampai di Paya Rumput, Alor Gajah, Melaka. Actually ini tanah pusaka peninggalan arwah atuk & nenek aku sebelah abah. As usual, kawasan ini cukup tenang, mendamaikan. Jauh dari hiruk-pikuk. Anak-anak maklong & maklang semuanya kerja kat KL. So, both rumah akan jadi havoc time raya, kenduri ataupun cuti sekolah.



A nasty instant swelling on his wrist.

4:30ptg...
...aku terdengar Danial tergelincir kat porch depan. At first aku ingatkan terseliuh sikit jer, aku pun acuh tak acuh. Suddenly dia mengerang. I was shocked but worse was to follow. Tangan Danial makin bengkak. Paklang bawa ke rumah tukang urut tapi pak cik urut tu suruh kami terus ke hospital AG, katanya mungkin patah!

Time tu macam2 dalam kepala aku. Aku teringat macam mana one week before, aku berkeras tak bagi Danial ikut angah pergi swimming, aku keraskan hati tak benarkan Danial keluar jogging dgn Faiq. Alasan aku, nak jaga kesihatan dia, I want him to be fit for his new school.

Tapi Allah itu Maha Berkuasa. Jaga punya jaga, akhirnya berlaku juga depan mata aku. Tak ada angin, tak ada ribut, dia tiba-tiba tergelincir. Aku redha jika itulah ketentuanNya.



Ngeri tengok wristnya yang terkulai.

6:45pm...
...he was rushed to Hospital Alor Gajah. Mujur kami tak perlu tunggu lama utk buat x-ray. By 8pm, dah beres. The doctor in charge confirmkan memang dua wrist-bone Danial patah and displace. According to her, both bones need to be pull before disimen. I was so heart-broken. Hati ibu mana yang tak sebak. Sepanjang kejadian, aku tahan air mata supaya tak menangis depan Danial. I must be strong for him.

Sadly, Hospital AG tak ada pakar untuk tarik tulang tu, jadi kami disuruh ke Hospital Melaka to settle everything ASAP. Arghhh! Aku memang sedang diuji olehNya.



9:15pm...
...we reached Hospital Melaka. Mak oiii! Ramainya orang sakit kat emergency! Dalam hati berkata, "Silap haribulan, pukul 12tgh malam pun belum tentu settle. Ya Allah, Engkau permudahahkanlah urusanku ini, Amin."

Allah itu Maha Adil. Tak sampai 10 minit kami duduk, nama Danial dipanggil. Alhamdulillah. Aku masih lagi terbayang2 muka Dr. Nurin (above). A young doctor, sweet, kecil molek, soft-spoken yet firm! She makes everything fast for Danial dan aku bersyukur bila dia kata "Tulang nie tak perlu tarik ya, kak." Alhamdulillah! Daniel dapat mc sebulan but I'm not sure weather his new school will permit the medical leave or not.



One hour later, lebih kurang 10:30pm...
...an on-call orthopaedist pun sampai. This guy definitely know what he's doing, I hv nothing to argue. But he advised us to come the next day to change the plaster of Paris to fiber. The reason, fiber is more lighter & convenient for student. The reason kami kena datang the next day is the fiber is only available within office hours. But please... dont ask me why. :-( By 11pm, semuanya settled. Alhamdulillah.

Tomorrow... the big day.



The banner welcomes us.



Wed, 17 Feb, 8am...
... kami dah sampai MRSMAG. For Form 1 new students, we are the first to register. Before 10am, semua dah settle. 11:30am, all new students & parents kena sit for the taklimat by Pengetua, En. Satari.


Selepas taklimat, semua student baru kena diserahkan kepada ibu & ayah angkat yang akan menjaga keperluan mereka di situ. Actually ibu & ayah angkat tu ialah cikgu2 di situ. Each of them will handle 15 new students and Daniel dapat Ckg Syamsuddar, cikgu Kimia. Danial terpaksa diperkenalkan lebih awal sebab kami kena ke Hospital Melaka. But before that, kami sempat jumpa HEP utk membincangkan keadaan Danial. Pihak sekolah agak reluctant utk membenarkan Danial cuti mc but they will make sure Danial akan dijaga dengan sebaik-baiknya.



From plaster of Paris to fiber!

Wed, 2pm...
...sampai kat Hospital Melaka. "Ya Allah, sekali lagi, Engkau permudahkanlah semuanya, Amin." Within an hour, everything in smooth waters. Alhamdulillah. HEP benarkan Danial balik for one day but he must come back the next day.

Thurs, 8am di pejabat Pengetua....
...masa nak serahkan Danial kepada Ckg Syam, hati ini terharu sgt2. Bukan terharu sebab nak berpisah dengan dia, tapi terharu sebab melepaskan dia dalam keadaan macam tu. Tuhan ajer yang tahu perasaan aku waktu tu tapi aku terpaksa tunjukkan yang aku happy depan Danial sebab kalau aku lemah, dia pun lemah. I must show to him that I'm ready to let him go.

Aku masih terbayang wajah dia yang memandang aku dengan sayu. Aku tahu dia tak selesa dengan bantuan orang lain dalam keadaannya macam tu, tapi inilah ketentuanNya. Nak tak nak, kami sama-sama kena terima.


Two days later...


Asrama Putera.

Saturday, 20 Feb...
...Aku yang paling tak sabar2 nak jumpa Danial. Sebenarnya tak ada outing pun that day, tapi Danial dilepaskan utk sejam, dua. Pagi2 lagi, aku dah ke pasar AG dgn hubby. Beli apa yang patut untuk masak lunch for Danial. Aku tak risau sangat nak masak apa sebab Danial tak cerewet tentang makan. Apa saja yang aku masak, dia makan.

Tapi apa yang merisaukan aku ialah... "Abang tak nak stay sini, abang nak balik!". I've prepare myself for that, tapi insyaAllah dia takkan turn-back. That's what he had promised me. We went straight to his dorm building (of course tak blh masuk dorm). He was there, waiting for us, smiled at us. Nampak macam dia nak peluk aku, tapi sebabkan ada a few boys kat situ, dia pun control macho. :-D



Danial tak sabar2 nak makan, sambil tu dia tak henti-henti bercerita itu ini. Bagi aku, itu satu petanda yang positif. According to him, all his roomates were very helpful, including seniors. Malah ada yang tolong ikatkan tali kasut dia. Hati ibu mana yang tak girang bila dengar cerita yang baik2 macam tu.

Danial kata, semasa taklimat Pengetua bersama pelajar baru, Pengetua jadikan dia role model sebab walaupun tangan patah, dia menyahut cabaran untuk stay dan tak patah semangat. Sekali lagi aku sebak.



Last pose dgn Danial sebelum berpisah...lagi.
Aku sempat tulis atas fiberhand Danial,
"Remember, I'll always with you".



Afiq... mati kutu sebab tak ada Danial. Normally diaorg akan buat apa saja bersama. Now, he is the eldest in the family utk tengok2kan Qish & Qme. Dan dia juga ada satu tanggungjawab besar tahun ini... UPSR! Afiq, we know you can do it! Stay focus and you will succeed.



...tolong paklang meratakan tanah di belakang rumah.


These two boys busy menyapu daun2 kering di laman rumah maklang dan maklong. Hmmm... "Anak sapalah nie...?"

To my family and all my friends yg sempat aku khabarkan melalui sms minggu lepas, thank you so much sebab sudi berkongsi musibah yang menimpa kami sekeluarga. Walaupun hanya melalui sms, I really appreciate it. Sedikit sebanyak, sms kalian memberi aku kekuatan & harapan. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya...


Sunday, February 14

...have fun & relax...


This is the best known scientifically proven way to reduce stress. Stress can have a negative consequences on ur health and relationship. Sempena cuti CNY, we all went to Titiwangsa just to have fun & to relax.


Dibuli oleh dua anak bujang aku.


Danial is trying to show-off his skill.


Berjalan atas batu ni memang menyakitkan
but good for ur health.


Last year when we came here, my boys main soccer dgn budak Libya. This time dgn budak Iraq pulak. Wah... bagus juga ttwangsa ni, dah jadi macam international park la pulak.


Awin melayan Qish & Qme.


Saiz orang Iraq besar2... sure kalah, afiq.



Friday, February 12

Cheq-DoQs

Dah lama tak buat cekodok pisang. Selalu sangat breakfast or teatime dengan cekodok tepung. Nak tukar selera pulak.

As usual, macam2 commercial name diberikan oleh anak2 aku.

1. Cepiyan (CEkodok PIsang YANti)... bunyi mcm tempayan jer.
2. Le Qodoqs de Yanti... tergeliat lidah nak sebut.
3. YanDoque... bunyi macam 'anjing yan' pulak!
4. Yan Banana... mcmlah aku ni penjual pisang.


Akhirnya Cheq-Doqs!
(bunyinya sama jer... cekodok)


Wednesday, February 10

spouse's tag

This is my 1st tag question in 2010, thanx to Dilla (awat la hang bagi teg question lagu ni?). Dilla, here's all my answers to ur questions:

1. First time jumpa with ur hubby bila n kat mana?
-Dalam bas shuttle TV3. Time tu TV3 baru moved to Sri Pentas, so aku tak berapa familiar dgn jalan nak ke 1Utama, so naik shuttle bas, hubby pun sama. Tapi time tu buat dunno jer, hati ni tak terusik langsung pun. ceh!

2. Love at first sight?
-Nope. But true love at first sight coz b4 this false love... hahaha

3. Who is he when the first time u meet him?
-A very low-profile TV3's 3D Graphic Designer.

4. How long it takes for him to ask u out of a date?
-Immediately bila dah kenal.

5. First place dating?
-Warung mamak tepi jalan (my choice sebab nak tengok dia comfortable atau tak bila makan kat kedai mamak)

6. How he proposed?
-Dalam kereta (dikira bend the knees la jugak sebab duduk dalam kereta, kan? heheh)


7. Special Date with your hubby?
-7 December, yearly.

8. Changes that he asked u to do?
-Not much cuma perangai... biasalah, kan? Nobody perfect!


9. What is it about him that u love him so much?
- Soulmate of my dream, a family man.
Caring, loving, understanding husband. Most important, he's a loving & caring father.


10. What is about him that u wish he would like change?
-Semua okey cuma perut tu... kalau blh slimkan sikit. But it;s okay...


11. U will lose ur mind n crack ur head when he.....
a- out-station
b- class habis lewat... arghhhh!


12. U will smile thru ur eyes for the whole day when he.....
- Helps out.
When he's around, he's always willing to help out tanpa disuruh. Masak, kemas rumah, fetch anak2 balik sekolah, sidai kain... (imagine kalau PIL aku tahu. Lantaklah! He loves his wife, what!)


13. Complete these sentences 'My love towards my hubby is as big as.....'

"...As we grow older together, as we continue to change with age, there is one thing that will never change. I will always keep falling in love with you..."

Now dengan segala hormatnya, aku turunkan teg nie kepada yang berkenaan:

fizah
kc
working mom
kherun
irynn
kak midah
runiza


Monday, February 8

...the best gift ever.

Lately, I was so busy helping Danial with his preparation. There's so much to do and alhamdulillah, akhirnya semua settle. Tinggal nak berangkat saja lagi (macamlah nak study kat oversea ek?). Actually barangnya taklah sebanyak mana pun, cuma susah nak cari. Danial is going through a transition process which means that everything are in-the-middle, for example seluar slack bcoz khakis is not allowed in boarding school. So seluar for boys under 15yrs old mostly is khakis or jeans, jadi terpaksalah cari slack dewasa yang bersaiz kecil dan that is so hard to find. So next time, plan nak tempah jer.

Compared to Awin last year, barangnya banyak tapi senang nak cari (yg byk tu sebenarnya barang orang pompuan, if u know what I mean), tapi berbeg-beg. Jenuh nak heret one by one dari kereta sampai dorm.

Back to Danial, last wiken, he received two awards for two days in a row.

*6 Feb... 1 day before Danial's bday*

Venue: SK Wangsa Jaya, Wangsa Maju Sek. 4.

Firstly, thank you to UMNO Wangsa Maju for this recognition. This event was like an incentive for student who excel in their studies & get good result for UPSR or PMR 2009. I really hope 'the top person' @my area/county/state could do something like this to appreciate their excellent students & to motivate other students to study even harder rather than condemning each other for personal interest.


Yayasan Wilayah Persekutuan juga terlibat untuk mengagihkan barangan keperluan sekolah kepada pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan. Both thumbs up for this Yayasan!


I like the mural painting.

A total of 363 excellent students of UPSR & PMR 2009 di Wangsa Maju received their recognition award & Danial was one of them. We are so proud bcoz Danial was like The Chosen One. He is the only UPSR excellent student from Selangor who received this award. Last year, Awin attended the same event and received an award for Pelajar Cemerlang PMR 2008. I hope next year Afiq boleh buat hat-trick for our family tradition.


Danial receives his scroll & incentive $200
from Menteri Wilayah Persekutuan,
YB Senator Datuk Raja Nong Chik.


Danial with YB Senator Datuk Raja Nong Chik,
Menteri Wilayah Persekutuan.

p/s: this pic is good for Danial's portfolio.


I like...

***************************************************************

*7 Feb... Danial's bday, his 13th bday*

Noon, he received his scroll & Sijil Simpanan Premium BSN from his previous school, SK Saujana Utama. There are another 50 5As' students received the same award.


Cake from yatt.

Later that evening, majlis yang simple dibuat sempena hari jadi Danial. Majlis ini actually macam 2-in-1. Bday & farewell. Not a party actually, just makan-makan for Danial's friends. I guess this would be his final bday with the family too. For the next 5 yrs, he will be celebrating his bday with friends or maybe tak celebrate langsung coz busy with prep class, that class, this class. Kesian...


Logo MRSM Alor Gajah.

This is a bless for our family. Danial pecah rekod when he's accepted in MRSM. Neither my siblings nor hubby's study @MRSM. Semuanya masuk Sek Berasrama Penuh saja. I still remember, after my Ujian Penilaian Drjh 5, I sat for the MRSM exam (kononnya nak try luck masuk MRSM), tapi tak dapat, ceh! Same goes to my other siblings, they only managed to join Sekolah Sains. Then, Awin pun try her luck last year... pun tak ada rezeki jugak.

But Danial never sit for those MRSM exam but he's lucky. Itulah yang dikatakan rezeki. Then dapat pulak MRSM Alor Gajah, double rezeki! I'm so proud of him.

For parents yang kata, "Ala, UPSR bukannya penentu kejayaan". True, UPSR/PMR memang bukan penentu kejayaan masa depan, tapi penentu utk mendapatkan sekolah dan kelas yg terbaik utk sek menengah. Bila dah masuk sekolah yg terbaik, insyaAllah, keputusan exam yg lain akan turut terbaik hingga SPM justeru membawa kpd kejayaan masa depan. InsyaAllah...


Among the first.
Yang lain datang lewat sikit, biasalah... Ahad.


(L-R) Danish - Faiq - Danial
These 3 best friends will go their separate ways... soon.


An ice-cream was the best attraction!
Lepas makan kat dalam,
semua menerpa ais krim kat luar.


Soon, he will be leaving his fav routine.
Facebuking, MySpacing, Twitting.... :-D


Danial with his new spectacles.
This spectacles was sponsored by Datuk *tut*
Thank you so much, Datuk.



Sunday, February 7

Thursday, February 4

Danial & MRSM

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. HambaMu yang daif ini amat bersyukur di atas rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami sekeluarga. "



1 Feb, hari yang memang aku tunggu2. Sejak 2 minggu sebelum tu, aku dah standby tulis kat whiteboard... '1/2-result MRSM'. And that morning I was alone downstairs, Daniel masih tidur kat atas. Aku on lappy, internet then terus open website Mara. Masa nak masukkan angka giliran Daniel, tangan ni seram sejuk, sambil tu mulut nie kumat-kamit baca 3-Qul. Tuhan jer yang tahu.

Bila aku tekan enter, apa yang keluar ialah seperti di atas. Aku macam tak percaya. "Biar betul!". Then, aku baca kuat2 utk convincedkan diri aku. Then, baru aku percaya. Apa lagi, terus aku berlari naik atas, kejutkan Danial.

Frankly, 90% aku confident Danial boleh dapat MRSM tapi aku tak sangka dapat MRSM Alor Gajah, antara MRSM Top 10. Kami dua beranak berpelukan sebab terlalu happy & tak sabar2 nak share dgn family & friends. 1st person yang aku inform (after hubby) of courselah mak dan abah, then aku pun mula antar sms pada family, sedara-mara & kenalan2 terdekat. Lepas tu mulalah inbox aku penuh dgn sms yg kebanyakannya "Congrats, i'm hepi 4 u & ur fmly".

Lepas kami buat sujud syukur, aku berfacebuking and spread the gd news. Thanks to all my well-wishers sama ada by sms or FB. I really appreciate it.



Malam sebelumnya, on 31/1, kami empat beranak (me, hubby, danial & afiq) tidur lewat, around 2.30 pagi. Entah kenapa, kami bersengkang mata tengok video2 lama Danial & Afiq, video sejak diaorg kecil sampailah besar. Macam satu hint yang kami akan berjauhan.

Hari keluar result tu, hati aku sayu sangat. Bertambah sayu bila KC wrote her comment kat aku dalam FB. Bunyinya macam ni...

"...the empty nest syndrome is approaching eh? one by one they'll fly away to build their own nest and leaving us behind. sooner or later it'll happen to everyone who holds the title PARENT!"

I hv to agree. Bertambah sayu aku dibuatnya. Mana tak sayu, sejak lahir tak pernah berjauhan, now aku kena give way... that make me sad.

That afternoon, I broke the news to my other kids. Their reaction was:

Afiq: Lecehlah macam ni... nanti Afiq tidur sorang2.

Mukhriz: Nie yang Qish suka. Abang dah tak ada nak sakat Qish lagi.

Qme: Habis, sape nak temankan ibu pagi2 bila kitaorg pegi sekolah?

Until today... kesayuan masih dirasai. Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati aku ini untuk menempuh hari mendatang... Amin




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...