My Insta

Instagram

Tuesday, January 5

Time has wings...

Every year, ceritanya sama. It's my big opening event of the year. Dah jadi rutin sejak 12 yrs ago. Rasanya macam baru je semalam aku hantar Awin, my eldest, masuk Standard 1... that was in year 2000. And now my youngest, Qme, pulak masuk Standard 1. Time flies...


Mohd Arief Haqimie

Qme is among 700+ Standard 1 students in SKSU. Qme masuk 1B, 1st floor. From the look of his face, "Ramainya orang. Boleh ke aku sekolah ni? Dulu kat Q-dees taklah ramai macam ni."


Pelajar-guru-ibu bapa.

Gabungan pelajar2 di tapak perhimpunan, barisan para guru di dataran pentas serta para ibu bapa yang menebeng-nebeng di koridor sekolah, yang kebanyakannya parents student Stnd 1. And FYI, itu hanya 1% yg kelihatan. Belum lagi parents di koridor lain. So bayangkan...

Qish-Afiq-Qme

Selalunya berlima. But this year, cuma bertiga. Beg yang paling besar ialah beg Ben10, tapi tuannya ialah orang yang paling kecil dalam gambar nie.

Line up, please!

Qme, pelajar paling kecil dalam 1B. Advantage... beratur depan sekali & duduk paling depan. Muka tu serius ke tension?


Serius betul muka dia. Tak habis2 membelek pencilbox. Awal2 lagi cikgu dah suruh keluarkan buku. First day dah start ikut jadual sebab jadual & buku teks diedarkan semasa hari orientasi.


Kat kantin, lain pulak haru-birunya. Parents yang setia menunggu anak masing2 pun lapar juga. Bayangkan... student Stnd 1 dah 700++, ditambah dengan parents pulak. Yalah... nak buat macam mana, kan? Budak2 tu bukannya tahu nak beli makanan, so parents yang kena ajar & tunjukkan. Senang citer, bawa bekal, tak payah beratur & tunggu lama untuk beli makanan.


SKSU ialah sekolah paling padat di Kuala Selangor. Jumlah keseluruhan pelajarnya lebih 5000 orang. Di dalam gambar ini cuma student Stnd 5 & 6 saja yang beratur, student Stnd 1 terus masuk kelas. Kalau student Stnd 1 disuruh beratur di sini, nampaknya mereka ini kena give way.

Anak Didahulukan,
Kerja Diutamakan!

Ini antara contoh bapa2 mithali. Setiap kali sekolah dibuka, muka2 inilah yang sudah tentunya ada dalam senarai menunggu anak masing2, sama ada di SK atau di SA. Syabas, En. Zaki & En. Kudin.


Inilah satu2nya jalan yang fully-utilised bila 1st & 2nd day sekolah. Jalan yang selalunya lengang ini akan jadi sesesak-sesaknya dan sepadat-padatnya on this special day.


Qme & friend.

Qme dalam kelas 1 Ibnu Rushd @SA Al-Hidayah. Dah ceria sikit compared kat sekolah pagi tadi. Kebetulan kawan di sebelah tu sama kelas 1B di SK. So ada genglah dia.


Kesian anak ibu...

Qme just came back from SA. Nampak betul dia letih. Nak bukak kasut pun tak larat. Apa taknya, bangun seawal 6 pagi. 7 pagi pergi SK. Balik dari SK, sampai rumah pukul 1:15 petang. Pukul 2 nak ke SA pulak sampai pukul 5:20 petang. Malam tu lepas dinner, dia tertidur sampai the next morning.

2:00 petang... 2nd day of school. Aku benarkan Qme kayuh basikal ke SA tapi dengan syarat, Abang Afiq kena escort. Qme agreed! So, Afiq ada new task which is escorting his lil' brother to SA everyday and I have to monitor them from my rear balcony. Actually, sekolah agama tu tak jauh from my house, belakang rumah aje...


9 comments:

Runiza said...

Comelnya Qme in school uniform!! :)He's like my son Izzat... among the smallest (Izzat memang THE smallest pun!!) in class!! :)

Good Luck to Qme... am sure he'll LOVE school! :)

Kherun said...

ramainya studengt SKSU... padat betul...

Disturbia said...

Selamat bersekolah Q'me...
Cian dia ek... kena bangun awal... pastu petang pun kena g skool lagi ek.. no wonder malam tido awal... saya pun tido awal gak malam tadi ... hehehehe....

the principal said...

Qimie will be fine...he's a brave boy...hopefully he will excel in school & make us proud...insya allah

YantiArshad said...

Iza,

Sebab THE smallest dalam kelas tu yg buat i risau.

YantiArshad said...

Kherun,

memang ramai, memang padat... GILER!

YantiArshad said...

disturbia,

rasa tak sampai hati nak kejut dia awal2 pagi, tp no choice.

YantiArshad said...

Emy,

He will, InsyaAllah. Tp kat SKA dia lebih ceria compared to SK, maybe sebab kat SKA student tak ramai sangat agaknya...

Jhony said...

Thank You for sharing information

http://www.websitedevelopersindia.net/website-design-india/custom-website-design-services.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...