My Insta

Instagram

Monday, September 28

Kenapa Bah....?

This is my latest Malay favourite song and my
favourite artiste too. She's young and so energetic.
Compared to all AF winners, she's the best.



So, to all my friends, jom layan lagu ni untuk hilangkan tension.

Raya Sakan...20092009


20 Sept 2009 bersamaan 1 Syawal 1430H. Seperti orang lain, kami sekeluarga juga tak sabar2 nak sambut raya. Anak-anak apatah lagi and tema kami tahun ini.... biru. Tapi bukanlah biru sedondon, ngeri pulak rasanya. Raya this time jadual balik kampung berubah sikit. Selalunya lepas solat raya, kami terus berangkat balik ke Alor Star (rumah PIL). Tapi tahun ni, kami semua balik ke rumah arwah atuk & nenek aku kat Alor Gajah Melaka. (Both places starts with Alor). Lepas beraya di rumah mak dan abah di Gombak, petang tu kami terus berangkat ke Alor Gajah. Petang tu, masa kami sampai di Alor Gajah, mak, abah dan adik-adik aku yang lain semuanya dah sampai kecuali Iwan dan Jiji yang beraya di rumah mertua mereka tahun ni. Maklong & family dari Cheras pun dah sampai sejak hari Jumaat. Then, 2 hours later, Chek Lan and family sampai dari Bukit Beruntung, then Busu & family sampai dari Selayang. Itu yang anak2 aku suka balik Alor Gajah, sebab di situ lebih meriah daripada di Alor Star.



Aku dan Anim depan Mahkota Parade, Melaka on 2nd day raya. Kami beraya di rumah arwah atuk & nenek sampai raya ke-3. Semua adik-beradik abah yang di KL balik Melaka. Tuh yang seronok. Nasib baik mak, orang KL kahwin dengan abah, orang Melaka. Kalau mak kahwin dengan orang KL, jawabnya kami adik-beradik tak ada kampung!


Adik-adikku... Alan (final year in Uitm) and Ikah (staff IJN)
Masa ni kat rumah mak & abah di Gombak.


Selepas solat sunat raya kat SU, kami terus bertolak ke Gombak, ke rumah mak dan abah. Hubby kata, itu dah tradisi keluarga kami. Kami tidak seperti sesetengah keluarga yang bergotong-royong melakukan persiapan di kampung. Untuk berlaku adil, kami masak-memasak di rumah sendiri. Then rendang, kuah kacang, lemang, kuih-muih, etc akan dibawa pulang ke kampung.

Cantik sungguh bidadari dan segaknya pahlawan-pahlawanku ini.
Pagi ini cukup hening... sayu pula terasa hati.


Raya ke-4, semasa on the way balik ke Alor Star, kami sempat singgah di Bandar Baharu, Perak. Kami singgah beraya di rumah Disturbia, my fellow blogger. Kami kenal thru Internet, tak pernah jumpa pun sebelum ni. Based on address yang Disturbia smskan, kami pun redah. Mujur tak susah nak cari address tu. Tapi time kami sampai pun, dah agak lewat. Kesian Disturbia... kena tunggu kami sehari suntuk. Lepas Maghrib, kami teruskan perjalanan ke Alor Star. Sampai kat rumah PIL pukul 10mlm. Semua orang pun keletihan sebab tunggu kami.

p/s: Disturbia, nanti turun KL, singgah rumah kami pula ya. :-D


The following day, kami ke Kangar, Perlis. Ada tiga tujuan sebenarnya. Pertama, Awin nak singgah beraya di rumah Ayuni, best friend dia yang sama dorm. Rumah Ayuni pun tak susah nak cari, based on address melalui sms Ayuni. Kebetulan neber Ayuni buat kenduri kahwin, so kami ni macam langkah kanan la. Apa taknya... di rumah Ayuni, familynya hidangkan laksa Perlis. Then half an hour later, pergi pulak makan kenduri atas jemputan bapak pengantin. Kami selesa sungguh dengan family Ayuni, terasa macam dah lama kenal. Keluarga yang hidup serba sederhana tetapi cukup kaya dengan budi bahasa dan ramah. Kami pula yang terasa segan sebab time kami nak balik, kami dibekalkan tiga jenis kuih yang dibuat sendiri. Sebelum balik, aku sempat berpesan pada mak Ayuni, kalau turun KL, datanglah singgah ke rumah kami. Lama juga kami di sini, sempat solat jamak takdim.

Yang itu baru tujuan pertama. Tujuan kedua ialah singgah di Padang Besar, Perlis. Tapi sayangnya tak sempat nak snap gambar sebab sibuk shopping!

Below ialah tujuan ketiga kami datang ke Perlis...


Ini kali kedua kami beraya di rumah keluarga Wan-Zan (owner Tripple One Zone belakang Tajudin Maju) di Kuala Perlis. Entah kenapa, on this day, Celcom buat hal. Call sana-sini tak dapat. Coverage bukan saja bad but worst! Kami sepatutnya beritahu Wan yang kami nak ke sana, tapi disebabkan masalah talian, kami redah ajelah. Nasib baik Zan ada stand-by kat rumah. Time kami sampai ni pun dah agak lewat, almost 6.30 petang. Lepas semua orang solat Maghrib, tiba-tiba Wan ajak pergi makan kat Kuala Perlis. Apa lagi... jalan-jalan cari makanla kami.


First time datang makan kat sini. Masakannya memang sedap. Sebut apa saja, semuanya sedap. Both thumbs up!

As usual, bila makanan sampai, tak sempat nak snap sana-sini. Bila dah habis makan, baru teringat nak ambil gambar. Aku dan Zan, perhabiskan apa yang ada. Lan dan Wan leka bersembang bila perut dah kenyang.

Bilangan anak2 kami sama... aku ada lima orang, Zan pun lima orang. Bezanya, anak Zan semuanya girls dan aku, one girl and 4 boys. Syiraz dan Danial sebaya... they know each other sebab dulu depa dalam kelas yang sama. Kebetulan time tengah makan ni, TV3 tengah tunjuk movie Jangan Tegur. So semua orang terlopong tengok cerita hantu tu. Inilah peluang aku dan Zan nak sembang sakan....


Wan melayan Qish main bunga api depan laman rumah. Qme cuma perhatikan dari jauh, tak berani nak dekat. Story raya last year, here.

Syawal ke-8... beraya di rumah Ustaz Abu Anas di Tanjung Karang, Selangor. Ustaz yang datang ke rumah kami, mengajar kami sekeluarga mengaji pada setiap malam Ahad. Moga-moga ilmu yang beliau curahkan kepada kami sekeluarga selama ini... hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Amin...


Saturday, September 19

Salam Aidilfitri....


Berharap padi dalam lesung,
yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang ungkapan ini.
Ampun dan maaf andainya aku ini…

Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita
Termacam-macam yang kena-mengena.

Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin,
Ikhlas daripada aku yang hina....

Sunday, September 13

Our Ramadan Buffet

Last Saturday, we went to Hotel Uitm to break fast. Memang dah niat sejak awal puasa lagi, kalau H1N1 dah reda and Danial dah settle exam UPSR, nak bawa anak-anak berbuka luar. Puas call hotel sana-sini, semuanya full. Nasib baik Hotel Uitm available. We had our Ramadan buffet here last 2 years. Our fav place is Intekma Resort.



This is a training hotel for students, but still hv the facilities that you need. Banquet hall, seminar room, cafe but no swimming pool. Hehehe... But all the basic facilities are there. The buffet Ramadan, yummy! You should try it. Tempat ni memang cozy esp for big family. Price pun reasonable...




Danial with his latest hobby... taking pictures. Hubby motivates him and I lend him my Canon Powershot. Nampaknya bukan pinjam, tapi ambil terus. Tak kisahlah, asalkan Danial tak buang masa dengan benda yang tak berfaedah.



The kids was so excited, especially Qish & Qme. The last time we came here, Qme was still small (small by age, not by size coz until now he's so small compared to his age).



We're the first family to arrive. Saja keluar awal, tak nak stuck dalam traffic-jam bcoz this is the final weekend untuk shopping before raya. So, apa lagi? Posing la! This pix was taken using Danial's camera, Canon Powershot.




Lepas 'tawaf' untuk ambilkan makanan Qme,
now it's my turn to tawaf for myself.





This is only for the first round!
Awin, as usual... taking pictures using her MP4.



Yang ini aku tambah dua kali, memang sedap!



Qme... with his ori mascara!



Inilah kumpulan yang menghiburkan tetamu yang menikmati juadah. Band's name? Ntah.



Waduh! Banyak bangat tu! That was mine except pinggan yang ada ayam drumstick on my right. Nasi half, lauk yang serba sedikit, teh tarik, teh o, punch, pudding and some cakes.



Kek gula hangus. Lubang2 tu membantutkan selera aku. Geli!



Ini sebahagian daripada buffet yang dihidangkan di luar.



Udang ni yummy tapi tak pasti apa nama hidangan ni.



Dessert.

Actually banyak lagi gambar lain, tapi tak larat nak upload. Maybe akan upload later in my cooking blog.



Wednesday, September 9

080909... UPSR

080909... the big day.

My Daniel is sitting for the UPSR exam this year. Maybe for some people, "Ahhh... what the heck". Tapi pada aku, it's important. This is the first step for him, his 1st experience, this is the time to know his capability all this years. For him to pass with flying colours is the best ticket to be among the best. I always pray for him, non-stop. But I always believe pada rezeki also. If rezeki tak menyebelahi dia, dia tak lulus cemerlang, aku redha bcoz I know he has done his part, dia dah buat yang terbaik dan berusaha. Aku juga dah bersedia untuk itu. Keredhaan itu jugalah yang aku bekalkan kepada Awin last year for her PMR. And Alhamdulillah she passed with flying colours.

First day exam, he looks so nervous. Kesian. As a mother, I do my best to calm him down. I said, "Abang, you've done your best, now is the time for you to leave everything to Allah, berdoa dan bertawakal, that's all we can do now." After Subuh prayer, he performed solat hajat, I saw him duduk lama atas tikar sejadah, lebih lama daripada biasa. Mungkin cuba menenangkan hati yang bergelora.

Normally he walked or cycled to school, but for these three special days, hubby yang hantar. Yesterday, when he came back, he had a slight fever plus flu. Oh no! I'm worried. After berbuka, aku suruh dia minum air zam-zam. After he performed solat Isyak, he looked much2 better. Alhamdulillah.

Today and tomorrow, he has a few more papers to go. This morning I said to him, "InsyaAllah, you can do. I know you can do. I know you can get As'. Jangan lupa baca doa, doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah." He smiled, shaked and kissed my hands and left for school.

"Ya Allah, Engkau permudahkanlah segalanya bagi anakku, Engkau berilah dia kefahaman, Engkau kuatkanlah ingatannya dan lapangkanlah hatinya dalam menghadapi peperiksaan, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Amin."



Tuesday, September 1

No one thinks big of you...

I received this video from a friend in FB. This superb, extremely powerful, touching video should be shown to the whole world especially in Malaysia. I would like to dedicate this video to all drivers out there.



Remember, speeding could cost somebody's life. It could be yours or someone else's loved one. To my fellow bloggers... Sofu, Runiza, Kherun, Hamidah, Disturbia, Fizah, Rizal, Irynn and many more, please drive safe.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...