My Insta

Instagram

Thursday, May 21

Tali Kasut Tikar


Tali kasut tikar! Ini memang stail tali kasut aku masa zaman sekolah. Aku ajar anak2 buat anyaman ni. Cara anyaman tu aku belajar daripada school mate dulu. So semua kasut anak2 termasuk kasut sekolah, stailnya sama. Tali kasut tikar ni ada pros and cons nya juga. 

Kebaikannya:
1. Anak2 senang nak pakai kasut. 
2. Terus sarung bila nak pakai. 
3. Tak payah nak terbongkok-bongkok mengikat tali kasut.
4. Ikatannya confirm takkan tertanggal.
5. Takkan ada masalah 'hilang tali kasut'.

Keburukannya:
1. Anak2 aku tak reti ikat riben. Kan ikat tali kasut sama macam ikat riben. :-D

Kalau nak tambahkan keseniannya, gunakan tali kasut yang kontra dengan warna kasut. Lagi cun! 


9 comments:

disturbia said...

dulu masa skolah saya tak pandai ikat tali kasut sebab mak suruh pakai kasut yg zap on jer... hehhhehehe... nasib baik skarang dah pandai

iBlog said...

disturbia,

try la style tikar ni pada sports shoe, mesti jadi tarikan. :-D

iza said...

hehe...dulu penah tgk trend ni....tapi tak pulak mencuba...kat sekolah saya dulu saya terkenang ada geng yang buat tali kasut macam ni kain senteng!

iBlog said...

iza,

zaman tu memang zaman kain senteng, dia orang panggil 'steng', short form untuk setengah.

Kenalah steng, kalau tak tali kasut tu tak nampak. he he he....

tapi saya cuma buat pada sport shoe je. kasut sekolah tak boleh sebab kena pakai kasut pengawas.

yginsaf.com said...

ikat tali barut lagi senang ghitewww.. ehehe

iBlog said...

hai yginsaf!

long time no see!

Yang ni pun senang jgak. tak payah nak berpusing2 badan. hehehehe....

KC said...

hee, bestnya! ce hang ajar pic by pic kat haku camner nak ikat tali kasut camgini.

ko kira ada bakat gak la bidang anyam-menganyam ni yanti...perghhh!

KC said...

lupa nak tambah - strap on shoes are so so so boring laa!

iBlog said...

KC,

Tak payah ajar pic by pic. Hang datang umah aku, bawak sepasang kasut bertali. Mai aku ajaq hang. Tak sampai 5 minit, hang dah expert. Confirm punya!

he hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...