My Insta

Instagram

Wednesday, May 27

The Number Game

This game was inspired by KC.
Her game was the name game.


You need a calculator or simply use a calculator in your handphone.

Follow this steps:
1. Key in the first 3 digits of your hp no
 (excluding 012, 013, 016, 017 & 019).

2. Multiply by 80 (x 80)

3. Plus 1  (+1)

4. Multiply by 250 (x 250)

5. Plus your last 4 digits of your hp no.

6. Repeat step 5

7. Minus 250 (- 250)

8. Divide by 2 (/2)

The number must be something important to you. What is the number? Lets share your answer here.


Missing Friend


Lately, I did notice a friend of mine is missing from my blog's comment. She used to be my loyal 'commentator'. In fact, she's the reason why I keep on blogging until these days. Her blog is my inspiration. She writes from the bottom of her heart, her blog is my priority. Without fail, I will leave my comments on her each post. Walaupun sekadar sepatah dua kata.


To my dear friend, 
"If there's something I did or said that may hurt your feelings, I'm truly sorry. If there's anything in my writing that make you uncomfortable,  I'm truly sorry. If there's anything I did was not good enough for you, I'm truly sorry.  I dont wanna lose a good friend like you because our friendship is so precious."




King of Fruits

Last Sunday, mak and abah came to visit us. Lama juga diaorg tak datang walaupun jarak rumah kami cuma 45 minit drive. This year is a busy year for everyone, termasuklah mak dan abah. As usual, mak dan abah datang tanpa tangan kosong. Ada saja yang diaorg bawa untuk anak, menantu and cucu-cucu. Yang paling best, diaorg bawa favourite aku!


Semua anak2 ikut aku... makan durian.
Unlike hubby yang tak berapa suka.
(Sedangkan dia ada dusun durian @AS)
Pada aku, siapa yang tak makan durian, rugi!


Buah durian ni nampak saja sama, but the taste is different. Abah kata, kalau nak tahu durian tu dah masak atau belum, goncang sikit. Kalau buah di dalamnya bergegar sikit, maknanya dah masaklah tu. Then try cium. Kalau berbau manis, maknanya durian tu manis. Kalau tak berbau, maknanya durian tu tawar. Last but not least, jangan percaya pada penjual yang suka tebuk2 buah durian. Sebab bahagian yang ditebuk saja yang okey, the rest... hampeh!
 

Hanya durian-maniac aje yang tahu bezakan rasakan. Abah memang pandai pilih buah durian. Setiap buah durian yang abah pilih, tak pernah dapat busuk. Senang citer, kalau beli buah durian, yang dibuang memang biji dan kulit durian. Tak ada satu pun isi yang masuk tong sampah. In fact, bukan buah durian saja, apa saja buah. Aku ada juga belajar2 tips dari abah, tapi tak pernah menjadi.  



Various colours & flavour.
Warna macam ni, selalunya rasa lebih pekat
dan lebih manis.


Thursday, May 21

Tali Kasut Tikar


Tali kasut tikar! Ini memang stail tali kasut aku masa zaman sekolah. Aku ajar anak2 buat anyaman ni. Cara anyaman tu aku belajar daripada school mate dulu. So semua kasut anak2 termasuk kasut sekolah, stailnya sama. Tali kasut tikar ni ada pros and cons nya juga. 

Kebaikannya:
1. Anak2 senang nak pakai kasut. 
2. Terus sarung bila nak pakai. 
3. Tak payah nak terbongkok-bongkok mengikat tali kasut.
4. Ikatannya confirm takkan tertanggal.
5. Takkan ada masalah 'hilang tali kasut'.

Keburukannya:
1. Anak2 aku tak reti ikat riben. Kan ikat tali kasut sama macam ikat riben. :-D

Kalau nak tambahkan keseniannya, gunakan tali kasut yang kontra dengan warna kasut. Lagi cun! 


Wednesday, May 13

From Awin With Love

This special card arrived today. A HMD card from Awin. Like I mentioned in my previous entry, she'll definitely make me a card, her own handmade card. Simple but meaningful. I was touched bcoz Awin sempat buat kad ni  walaupun she's in the middle of mid year exam sekarang ni. Awin, ibu doakan kecemerlangan Awin


In my previous entry, I mentioned about encourage my children to dream. This is what I meant. Let's put it this way...

Encouragement is like TV commercials. For example, kalau hari2 kita tengok iklan shampoo, tak banyak pasti sikit hati kita tergerak nak cuba, kan? Dan bila dah cuba, berkesan pulak. Lagilah kita suka kan. Samalah dengan anak2. Selemah manapun anak kita, kalau hari2 kita beri dia galakan, kata2 semangat, dia akan cuba berusaha. Dan bila usaha itu menampakkan kejayaan, walaupun sikit, tentunya dia nak berusaha lebih gigih lagi. Dengan usaha yang lebih gigih, tentunya kejayaan itu akan jadi lebih besar. I'm sure there'll be ups and downs, but we must be strong for our loved ones. 





Monday, May 11

Me, a mother...

On Mother's Day, I received four ecards from my sons. If Awin is here, I'm sure she too will make a big handmade card. Like she always did. But she did called me yesterday to wish me HMD. I was deeply touched... 


Ecard from Danial. Ibu just wants to say...
 "Abang, always be yourself..."


Affiq, thank you. Ibu wants to say this.
"Your study table always look as if a tornado went through it "


Thank you, my 'hare'.

 
An ecard from my lil' rabbit, Qme.

p/s: Thank you to all my sons and their dad too,
for helping them making this lovely greeting ecards.

Aku tak pernah terfikir to be a young mother at this age apatah lagi being a mother of 5! Ramai, kan? Dulu aku berangan kahwin dengan orang senang & educated, ada 2, 3 anak, kerja setahun dua then jadi full time hwife, ada rumah besar, lepak kat rumah jadi 'mam' besar, shopping here, shopping there, cuti sana, cuti sini. Wah! Tingginya angan-angan aku masa dulu. Itu dulu tapi sekarang....

Alhamdulillah... sebahagian angan-angan aku tercapai. I quit my job after 10 years with TV3. Aku berhenti masa gaji tengah lumayan, cukup2 lumayan, beb. Memang sayang nak berhenti time tu. Tapi aku redha. Dengan anak empat orang, then pindah ke kawasan perumahan baru di SU, tentunya payah nak cari baby-sitter. Kalau ada pun, baby-sitter tu dah ada 7, 8 budak yang dia jaga. Tapi nak buat camne, redah jer la. Time tu memang buntu gila. Nak ambil bibik, tak confident dia boleh jaga anak2 aku dan uruskan rumah. Bukan hidup aku saja jadi kucar-kacir, hidup anak2 dan laki aku haru-biru jugak. Balik kerja, terus fetch anak2 kat rumah baby-sitter kat SP7. Sampai rumah, terus singsing lengan baju,  uruskan rumah pulak. Tapi mujurlah aku dapat suami yang ringan tulang dan memahami. Tapi disebabkan sikap ringan tulang suami dan kesiankan anak2, aku ambil keputusan untuk berhenti kerja. Tak sampai hati tengok anak2 terpaksa berkorban disebabkan aku yang workaholic, sayu rasa hati bila tengok hubby tolong sidai kain dan terpaksa bangun malam untuk buat susu anak. Time tu memang aku gamble habis. Aku bulatkan hati. Rezeki ada di mana2, satu pintu rezeki tutup, 10 pintu lain terbuka. Kalau tak ada rezeki aku, rezeki anak2 dah tentu ada. 

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang... masa aku nak berhenti, Tv3 offer VSS pada semua staf yang berminat. Apa lagi, aku pun apply (tanpa consult dengan hubby) dan dua minggu kemudian, approved. Alhamdulillah. Ada juga duit backup bila aku berhenti kerja. So taklah risau sangat. Hubby pun boleh tarik nafas lega.

Januari 2003... bulan terakhir aku bergelar translator @TV3. Masuk February 2003, aku dapat title baru. Suri Rumah Terhormat! Masa tu aku rasa sebahagian angan-angan aku jadi kenyataan. Aku dapat jadi 'mam' besar, time tu aku mula ada bibik (Pelik! masa kerja dulu tak nak pakai bibik), then dapat spend quality time dengan anak2, hubby. Cook for them, play with them, shopping, go holiday. Wah! Seronoknya. Time tu priority aku family! 3/4 of my brain yang dulunya sarat dengan office work, now dah fully utilised dengan family. Walaupun masa tu kedengaran suara-suara sumbang, "Belajar tinggi2, belajar sana, belajar sini, tapi jadi hwife."  And now aku nak balas balik! "Aku belajar sana sini pun, aku tak guna duit kerajaan, aku guna duit mak dan abah aku! Aku jadi hwife pun, aku ada saving sendiri, tak harap duit laki!"

Dalam pada tu, aku terfikir. Aku tak nak jadi suri rumah biasa. Aku nak jadi an educated mother & wife to my own family. I want to play my role for their success. Aku tak nak serahkan anak bulat2 pada sekolah atau tution centre. Aku nak 'turun padang' memantau pendidikan dan akhlak anak2. Biarlah orang kata aku ni a fussy mother, mengongkong anak, a typical mother, katalah apa pun sebab pada aku, tak ada apa yang lebih bermakna dalam hidup selain melihat anak2 dan suami berjaya. I encourage my children to dream. Unconsciusly, it will help them to achieve whatever they dreamed of. I also encourage them to have their ambition at a very young age and so far, it has worked well, especially Awin. Danial will have his turn and Affiq too. Perjalanan Qish dan Qme masih lagi panjang,  aku selalu berdoa supaya Allah pinjamkan aku umur supaya aku dapat share their success too. InsyaAllah...

Jadi sempena Hari Ibu ini, I would like to wish Happy Mother's Day to myself kerana sebahagian impian aku terlaksana dengan jayanya. Tinggal one more step, bila hubby dah habis study, MYcreativemedia pun dah betul2 establish financially & known by reputation, me & hubby will move on to the next phase.  Tapi mungkin lambat lagi kot sebab ekonomi tengah down. But the good news is according to my remiser, my investments in natural gas and estate are doing very well sebab stock Msia yang paling kukuh sekarang ni.  Not so worry.... kalau ada rezeki, InsyaAllah.

Most importantly, me as a mother and wife, don't lose hope and dream high!
Happy Mother's Day to myself!


  

Friday, May 8

Mom's Day

Sempena Hari Ibu, aku nak bercerita pasal mak. My mother is a young mother. She will turn 55 on 17 June. Mak kahwin dengan abah masa umur 20 tahun, mak dan abah sebaya. How they met, aku tak tahu. Tak pernah tanya pun sebab let it be their secret. 

Pn. Kalthom Bte. Mohd Noor.

Mak seorang yang penyabar. Through out my life, aku dah tengok mak melalui pelbagai dugaan. Mak tabah hadapi semua tu, mak tak mudah melatah, mak lebih suka ambil sikap 'wait & see' atau lebih tepat lagi, buat bodoh dulu. But she's a good listener.  We called her pakar rujuk, not only to her own children but to her son & daughters in law too. She's the best pakar rujuk. Mak cik dan pak cik aku pun selalu minta pandangan mak. Kalau kawan2 mak, apatah lagi. Kadang-kadang mak 'bergayut' kat telefon berjam-jam semata2 mendengar luahan perasaan kawan. 


Mak dan abah @Mekah.

Mak is a wonderful cook. (kan bagus kalau aku jadi macam mak). Dulu sebelum mak buat fibroid operation, mak is a caterer. Nasi berani & lauk-pauk yang seangkatan dengannya (hidangan majlis kahwin) memang terkenal kat Gombak esp kat Taman Melati. Sebut saja Nasi Berani Som, orang pasti tahu. Lama jugak mak jadi katerer, more than 10 yrs. Tapi bukan nasi berani mak saja yang sedap, bagi aku semua masakan mak sedap... walaupun telur mata 'kerb'. Itulah yang dikatakan air tangan mak. Anugerah yang ada pada mak diwarisi oleh semua adik-beradik kecuali aku dan Hanim. Aku bukan malas masak tapi tak minat masak. Hanim pulak, malas masak. Dia sanggup berlapar daripada kena masak! Tapi walaupun aku tak minat masak, kebanyakan lauk pauk yang aku masak untuk anak-anak dan suami, datangnya daripada mak. Recent resepi yang aku minta kat mak, acar rampai. Bila nak buat, entahlah.

Pasangan bahagia.

Not only she's a wonderful cook, she's also a great tailor. Baju kurung kami adik-beradik, sama ada baju sekolah atau baju raya, mak yang jahitkan. Until now pun, baju raya aku, mak yang jahitkan. Dan aku tak pernah ambil kesempatan, aku tetap bayar harga baju sama macam customer mak yang lain walaupun selalunya mak tak nak. Malangnya tak ada seorang pun mewarisi bakat mak terutama aku! Mak pandai menjahit. Daripada baju kurung sampailah ke langsir. Langsir rumah aku, mak yang jahit. Adik-beradik, sedara-mara, kawan2, semuanya hantar tempahan pada mak. Aku masih ingat lagi... dulu bila tiba bulan puasa, kami semua kena makan atas lantai, bersila. Sebabnya atas meja makan penuh dengan kain2 tempahan untuk raya. Tempahan terlalu banyak sampaikan baju raya kami adik beradik siap pada malam raya dan baju melayu abah hantar kat men's tailor. Sebagai anak sulung, aku tak mewarisi langsung anugerah yang ada pada mak. Mak tahu aku tak minat menjahit. Tapi mak tetap hadiahkan aku sebuah mesin jahit lama brand Raleigh. Mak kata, kalau tak pandai jahit baju sendiri, paling tidak pun reti jahit lurus. Thanks to mak, "Kaklong dah expert jahit lurus". 

Mak and her best friend, Mak Cik Bee.

Aku bertambah rapat dengan mak selepas aku berkahwin. Masa sekolah dulu aku sibuk dengan belajar, mak sibuk dengan katering, abah sibuk kerja. But, anak2 still their no. 1  priority. Aku dan adik2 tak pernah terabai. Time tu mak dah kurang menjahit sebab concentrate pada katering. But now mak dah boleh goyang kaki, abah pulak dah nak pencen, anak2 semuanya dah besar. Kami adik beradik dah berjanji, takkan beri mak dan abah jaga cucu2 mereka. Sebagaimana susahnya mak & abah jaga kami, kini giliran kami pula merasa betapa susahnya menjaga anak sendiri.  

Beza umur antara aku dan mak, 20 tahun. Aku dan mak, muka tak sama. Aku lebih ikut muka abah. Jadi bila kami keluar ke mana-mana bersama, orang akan ingat mak ialah kakak aku. Ya, mak aku memang nampak muda. Jauh lebih muda daripada usia sebenar. Mungkin sebab mak suka makan ulam2 dan selalu positif thinking. Lagipun mak pandai bergaya, sebab tu selalu nampak muda... She is a doting mother too.

Mak, if you read this I want to say, "Mak, thank you for everything that you've done and keep doing for me. I'm so grateful for having you as part of my life, you have taught me many good things.  I appreciate you a a lot, you're the greatest mom in the world and I love you so much..."

And to all wonderful mothers out there...

"... it is a privilege to be a mother. A mother's heart is filled with a never exhausting love for her children. She lives and dies for them. Only a mother knows how it feels to be a mother..."

Happy Mother's Day.



Monday, May 4

Sports Day

Bulan April lepas sarat dengan xtvt anak2. As usual, hari sukan ialah antara yang ada dalam kalendar SKSU dan kalendar family aku. And as usual juga, anak2 sibuk dengan penglibatan masing2. This year aku tak dapat join sebab ada assignment yang aku kena siapkan, urgent. Hubby sorang jer yang pergi sebab nak ambil gambar. Qish & Qme pun tak pergi. Aku yang tak bagi sebab cuaca on that day was extremely extraordinary, panas gila. Tak pasal2 demam pula nanti. 


Teringat zaman sekolah dolu-dolu...
Balapan, my favourite.


Danial wakil rumah Hijau. Yang menjadi tanda-tanya ialah kenapa dia pakai baju putih sedangkan baju hijau dah dibeli. Bila aku tanya kenapa tak pakai baju hijau, jawapannya "Baju putih ni lebih ringan daripada baju hijau tu, bu." Masuk akai tak? Nasib baik menang banyak acara. Kalau tak, baju putih tu aku nak timbang, nak tengok berapa kg! Ada tak seberat aku?!

Afiq sebenarnya, aku tak encourage dia untuk berlari, dia semput. Aku suruh dia masuk lompat jauh atau lompat tinggi. He tried tapi both dapat 4th placing. Untuk larian 4x100m, dia dapat 3rd placing. Afiq agak dissapointed sebab saringan dapat 1st & 2nd place. Tapi pada aku, 3rd placing tu dah cukup baik bagi orang yang semput macam dia.



Danial as usual, semua acara dia nak pulun sebab ini tahun akhir dia di SK. He tried lompat jauh, tapi last minute dikatakan batal sebab tangan salah landing. Lompat tinggi pula, he voluntered tarik diri sebab takut patah tangan. (actually salah aku sebab sehari sebelum dia tarik diri, aku cerita kat dia, masa aku sekolah dulu kawan aku patah tangan sebab lompat tinggi!). Akhirnya balapan jadi sasaran. Dia masuk 4 acara. 4x100m, 400m, 4x200m dan lari berpagar. Tapi yang menang cuma 3 acara sebab satu acara lagi... jap lagi aku story kat bawah.


Antara acara2 yang Danial bolot.

Sad moment, this is according to my hubby yang menjadi saksi kejadian.  Team hijau 4x200m (lari berganti2) disqualified! Danial is the last runner. As we already know, first & last runner are the backbones of the team. But luck was not on their side. In the earlier part of the race, the first runner was in the lead, but suddenly the second runner pulak injured masa tengah berlari.  Kata hubby, Danial frust sangat2. It shows on his face. To cheer him up again, aku cakap "That's not your fault or anybody's fault sebab kita ni hanya merancang. 3 medal pun dah kira banyak. Ada orang berlari 4, 5 acara but still tak bawa balik satu medal pun."




No Entry

Terfikir nak...
1. tutup blog nie.
2. only selected bloggers are allowed to enter. 
3. rename this blog & invite selected bloggers to join.
4. start fresh!

Tak tahu mana satu!


 

Friday, May 1

Happy Award

Awin received her Excellence Award again.
This time from her former school, SMKSU.


Antara excellence award students yang hadir.


The proud parents.


Empat sekawan.
Shishi (far right), SMKSU.
Ina (puple), SMK Teknik Cheras
Nadz (ves), SMKSU
Awin (far left), SBPi, Rawang


Awin received her Excellence Award from Dato' Amir, Adun Jeram.


The Award...

This Bestari Award received from Cemara West Community.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...