My Insta

Instagram

Tuesday, April 28

Green&Orange New Bike

Qme round sakan dengan bike baru. Dengan usia 6 tahun, sepatutnya roda kecil kiri-kanan tu tak ada tapi memandangkan saiz badannya yang kecil, he really needs it. Dah banyak kali trained dia dengan bike lama tanpa roda kecil, masih tak boleh juga. Ingatkan bila dapat basikal baru, dia nak cycle without those small tyres tu, rupa2nya tak jugak. Rim basikal penuh dengan small stars, moon, sun. Cute!


Qish pun dapat basikal baru. Qish kalau dapat basikal, tak ingat dunia. Weekend, kalau dia keluar main basikal, aku prefer stay dalam rumah dan minta hubby perhatikan atau follow dia. Aku memang tak sanggup. Sebabnya, tiap kali tengok dia main basikal, sama ada aku masuk IJN atau jadi koreografer Linda Jasmin 2!


Monday, April 27

Busy as ever...



Real life... child's school matter, homework, etc has been intruding. Hence the reason I haven't been able to find decent time to post anything these last few weeks. Dalam pada sibuk, sempat jugak add xtvt baru. Aerobic class! Terasa meriah sikit hidup nie when we can meet new people, new environment, learn new things. Actually aerobic ni bukanlah new thing for me, tapi bila dah agak berzaman ditinggalkan, jadi new thing lar...  InsyaAllah, will update pasal aerobic class soon. Tiap kali pergi kelas, camera asyik tertinggal. Kalau update tak de pix, tak best lor...




Tuesday, April 7

Sweet 16

3rd April... Awin's bday.
Happy Sweet 16.
We all love you.

Choc Moist Cake from Yatt.


Lepas lunch, kami belasah kek pulak. Time ni hujan tengah lebat giler @SBPiR, lapar memanjang ajer la. Kek tu pulak delicious. Hmm.. yummy! Hadiah & present tak sempat nak snap sebab tempias hujan. Cuba tengok muka sorang2, semuanya tengah confront dengan tempias. Cameraman terpaksa snap from top angle. Cayalah!


Sama tapi tak serupa!
Same colour & brand, but different plate & owner.


Ini Mukhriz bila dah boring!


Qme skodeng orang main golf. Padang golf ni bersebelahan SBPiR. No wonder SBPiR ada xtvt riadah golf untuk student.

Saturday, April 4

The Bday Boy

31 March 2002,....
Mohd Mukhriz Danish was born @DSH,
he now turns 7 years old.


Qish.




Ben10... his fav cartoon character.
This fabulous cake was prepared by my friend, Yatt.

Qish dengan gitar Tok Lan.



To Yatt,...
thank you so much for this lovely, delicious cake.
Nanti bday aku, hang buat gambar
High School Musical, ek?
kah..kah..kah....

A Token From Friends...

Friendship consists in forgetting what one gives, and remembering what one receives. - Dumas The Younger.


Thanks to Noraini & Aznin.


Friday, April 3

Life's Like That

Today in History... 3rd April 2009.


1. Yes, today marks a new chapter for the country. This is a defining moment in our history. It is also a poignant moment for Pak Lah. Now that the burden of office that he has served so sincerely has been lifted. Proses peralihan kuasa bermula sebaik saja Pak Lah melantik Najib Tun Razak sebagai PM ke-6 M'sia. Najib's appointment is most significant in the country’s history, that this is the first time that a prime minister’s son is holding the post. Abdullah hands over to Najib the Prime Minister's blue desk file to signify the official handing over of duties and responsibilities on Friday, 3 April, 2009. Okay! Enough of that!

2. Inilah anak dara aku. Awin turns 16 today. Sweet 16. Next year Sweet 17 and the mother tentunya bertambah 'sweet'. Unfortunately she's not with us to celebrate this day. But definitely aku dan family akan buat surprise untuk Awin this weekend. Kek awal2 aku dah tempah daripada yatt.

Puas aku cari gambar Awin untuk diuploadkan kat blog ni, malangnya ini saja yang aku jumpa. Sebabnya semua gambar, Awin dah upload kat lappy dia sendiri. Maklumlah, dah ada lappy sendiri, tentulah dia ada password sendiri dan dia sajalah yang boleh access. As a mother, tentunya aku mendoakan yang terbaik untuk anak2 aku. Aku selalu ingatkan Awin be the best among the best, be No. 1, be yourself, there are no shortcuts to any place worth going. Tapi sejak Awin masuk boarding school, aku rasa sepi sangat. Aku rindukan suara Awin dalam rumah, walaupun tiap malam dia call aku, tapi tak sama. Kekadang aku macam ternampak kelibat dia dalam rumah. Dalam rumah ni, kami berdua saja perempuan, so banyaklah cerita yang kami kongsi. Last weekend, masa aku pergi jenguk dia kat SBPiR, sambil menangis, dia peluk aku... macam tak nak lepas. Ibu mana yang tak tersentuh, kan? Aku tak nak menangis depan dia sebab aku nak dia strong. Walaupun dalam hati ni, meraung bagai nak gila......


3. Ada satu lagi 'hari ini dalam sejarah'. Kisah someone yang close dengan aku. H share nasib yang sama dengan Pak Lah hari ni. H has to say goodbye too. H been loyal to that 'giant' company for almost 10 years. H loves the job so much. Tapi nak buat macam mana, rezeki H sampai di situ saja. Aku yakin, rezeki H ada di tempat lain, di tempat yang much, much better. InsyaAllah, satu pintu tertutup, 10 lagi pintu terbuka.

H, in the rhythm of life, we sometime find ourselves out of tune, but as long as there are friends & families to provide the melody, the music plays on. Yakinlah, ada hikmah di sebalik semua ini. Aku tahu kau tabah menghadapi dugaanNya kerana sebelum ni pun, macam2 dugaan malah lebih teruk lagi yang kau harungi dan kau berjaya melaluinya dengan tenang dan sabar. Everything will be okay in the end. If it's not okay, it's not the end. Ingatlah, Dia Maha Mengetahui....

"Choose a job you love,

and you will never have to work a day in your life. -Confucius."

Wednesday, April 1

SBPiR, here she comes!

Penantian itu satu penyeksaan. True! For almost 3 mths menunggu, finally Awin dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh ( SBP ). Penantian tu tersangatlah berbaloi bila dapat pula SBP Integrasi (SBPi) dan bertambah berbaloi lagi bila lokasinya pula dekat. Rawang! Aku & hubby sangat2 bersyukur kerana segalanya dipermudahkan olehNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.





Registration day on 23 Mac. Only 20 students yang dapat masuk ke SBPiR for second intake. Actually ramai yang tak tahu, the difference between SBP and SBPi. SBP cuma menawarkan dua aliran, Sains Tulen and Sains Teknologi, while SBPi sama macam SBP cuma ada tambahan aliran which is Sains Tulen Agama. For students yang excellent in subjek elektif such as bahasa Arab during PMR (9As'), mereka akan ditawarkan aliran Sains Tulen Agama. But Awin only took 8 subjek teras and score 8As', jadi dia ditawarkan Sains Tulen, sesuai dengan her ambition to be a gynae. Sains Teknologi plak for student yang nak ambil akaun & perdagangan.








SBPiR also known as Sepintar. During taklimat, according to the Principal, SBPiR still new, baru 7 yrs old. Tapi berjaya menjadi Top 10 among 54 buah SBP seluruh Malaysia and Top 2 antara 11 buah SBPi after SBPi Gombak.




Ini dorm Awin. Nama pun dorm, semuanya kena share. Aku harap sangat2 Awin dapat sesuaikan diri. Yalah.. selama ni semuanya privacy esp. when she's the only daughter in the family. @SBPiR cuma ada 600 students, 300 boys & 300 girls. Each class cuma ada 16 students and the students here are allowed to eat jajan semasa belajar dalam kelas.







SBPiR ni landskapnya sangat bersih dan cantik. SBPiR mengamalkan budaya tanpa tong sampah. So for parents yang datang melawat anak2, dinasihatkan bawa sendiri beg plastik sampah. Walaupun cuma ada satu saja tong sampah besar belakang kantin, parents tak dibenarkan membuang sampah di situ. Bungkus sampah sendiri dan buang di rumah, bukan di sekolah. Ceh! For student plak, cuma ada satu tong sampah untuk setiap blok dorm, sanitary bin cuma dalam toilet perempuan and dalam kelas pun tak ada tong sampah. Daun2 kering pun payah nak nampak sebab tukang kebunnya everywhere.






Wakaf macam ni banyak keliling sekolah. Convenient for parents yang datang visit anak2 especially macam we all yang datang every wiken. Every wiken, semua wakaf penuh. Masing2 macam berkelah, bawa itu ini. Then lepas pukul 5:30 barulah beransur2 wakaf-wakaf ni kosong semula dan menunggu the following wiken untuk dipenuhkan semula.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...