My Insta

Instagram

Tuesday, November 18

Neighbour...


I lived in a community of good neighbours. However, everybody is busy doing their own things, so we don't see each other sometimes for months. But no matter what, we'r all the same. We try not to be too close with our neighbours. For some people, nak jaga standard konon. Peghirah! Tapi sebenarnya lebih mudah kalau kita sekadar menganggukkan kepala daripada sibuk bertanya itu, ini. Lebih selamat kita lalu saja daripada jadi busybody.


Kadang-kadang, kita kenal orang yang berkongsi pagar dengan kita dan finally they become our friends seumur hidup. Tapi tak kurang juga jiran yang berkira walaupun seinci. Lebih buruk lagi, ada yang sakit hati bila jiran sebelah buat renovation rumah sendiri. Namun, ada juga yang tak kisah kalau jiran sebelah habitnya suka ketuk dinding time anak kita tidur petang atau pun time kita nak masuk tidur malam sebab nak pasang frame gambar.


Selalunya, kita menjauhkan diri supaya jiran kurang tahu pasal kita daripada terlalu banyak tahu. Tapi kalau jiran yang jenis paparazi, pukul berapa kita siram pokok bunga pun, dia perhati. Bagi jiran yang tak ambil 'pot' pula, sedar-sedar jiran sebelah baru lepas kebumi. Innalillah.....


Last sekali, bukan senang nak jadi jiran yang baik budi pekerti, tak ada hasad dengki dan iri hati. Kerana tak banyak, sikit... pasti ada yang tercuit di hati.

Monday, November 17

PlayStation 2...latest

This is our latest game 'in-da-haus'.


Finally! Aku tak peduli kalau ada yang kata, "Larr...baru nak beli?" Arghhh!Lantaklah! I've my own reason why only now we've it. An original set priced RM699 + 10 games + 2 original controllers + 1MMC.


p/s: Thanks to iekan & hubby @Fujiwara GameShop, Central Mart, SU.


Soon : Monopoly, The World Edition ( already have the M'sia Edition ) & Scrabble, The 60th Anniversary.

Buta!


Buta... penyakit yang menghalang kita melihat apa yang ada di depan kita. Pendek kata, tak nampak. Buta ni subjective. Buta seperti seorang isteri yang tak mampu mengesan rasa cemburu sang suami, buta seperti seseorang yang tak nampak musuh boleh jadi kawan. Pendek cerita, dunia ini penuh dengan insan yang tak mampu 'melihat'. Yang paling bahaya ialah buta hati. Akibat buta hati, ada cerdik pandai hanya pandai membaca tapi tak reti berfikir.

Jika buta akal, jadilah dia bangsa yang beku, tak bertamadun akibat kosong ilmu pengetahuan. Buta nafsu pula ialah hati menjadi raja kepada diri, ini selalunya terjadi bila dah tak tahu membezakan mana baik, mana keji.

Orang buta warna pula confused dengan warna. Bagi yang celik warna, ada masanya buta untuk memilih matching color. Last but not least, buta huruf! Di zaman siber nie, susah kita nak jumpa, tapi ia ada... kekadang depan mata kita, tapi kita tak nampak sebab kita 'buta'!

Tuesday, November 11

It's how we see it


Last Saturday, I was determined to do my weekend joging @tasik ttwangsa. Selalunya every sat or sun morning, aku & hubby akan joging sekitar SU aje. This time, terasa nak tukar angin pulak. Tasik ttwangsa memang fav spot aku utk riadah family. Most important, tempatnya jauh dari tempat adegan couple2 yg menyakitkan mata!


Actually dah lama aku tak datang sini, last aku ke sini, CNY awal tahun ari tu, almost 11 mths. Within that 11 mnths, banyak betul perubahan yg ketara. First of all, Eye On Msia dah tak ada. Tempat tu macam hilang seri. Kosong! Playground makin besar which is good! Look-out point utk parents observe anak2 bermain, makin luas. Anak2 pun bebas nak explore playground tu.

Eh, pakai jersi Chelsea, tapi pegang badminton?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...