My Insta

Instagram

Sunday, April 27

Aku dan Angkasawan Negara

Last Friday.... setelah memilih beberapa lokasi, finally kitaorg decide nak try dinner kat tempat baru. Restoran Rebung! Ownernya of course lah our angkasawan negara and chef ismail. Dinner kami memang berbaloi malam tu sebab munculnya org yg dinanti-nanti. Aku dari rumah lagi dah pesan kat hubby, "don't forget ur cam".

Masa tengah makan, aku ternampak kelibat yg very familiar tapi macam tak sure. Aku macam tak caye jer itu Dr. Mus. Yalah... selalu tgk kat TV, magazine or newspaper jer, nie dah depan mata. My first impression was "he's a sweet guy".

Dengan title Single But Not Available Bachelor, memang patut pun dia digilai jutaan wanita. Not only by Single And Available ladies, but ladies yg Not Single And Definitely Not Available pun minat kat dia. A very soft spoken person, polite, cool, sporting, he knows how to handle crowd. Terserlah dari segi perwatakannya, his Umi and abah have done a very good job dlm membesarkan anak2 mereka.

Seronoknya dapat bergambar dengan angkasawan negara!

Kenapa? Tak percaya ke? ( stail Hu Yang ).

Percayalah... ( stail Dato CT ).

Finally Daniel dapat jumpa idolanya.

Lepas makan, kami lepak kat bilik ni. Bilik ni penuh dengan gambar2, penghargaan, lukisan, award yang Dr. Mus terima.

Atas meja tu ada Magazine Quill, covernya Dr. Mus.

Hubby pun seronok dapat shake hand dengan angkasawan negara. Sambil joking, hubby kata, "kids, jgn basuh tangan sebab kita bersalam dengan tangan yang pergi space!".

Lepas jumpa Dr. Mus barulah terasa haus dan lapar balik, masing-masing cari makanan!

Now baru aku nak citer pasal Restoran Rebung. Makanannya ada 2 jenis, ala carte and buffet. Buffet RM40 adult, kids $20, budak umur below 6 tahun free. That night, we chose buffet. Semua makanannya sedap, from lauk-pauk, mee kari, laksa penang, kerang bakar, ayam bakar, ikan pari bakar, rojak, abc, etc ... senang citer, semua sedap. Cekodok tepung pun sedap! As usual kalau buffet style, makanlah sepuas-puasnya asalkan tak membazir.

Pasal service pulak, thumbs up! They're very helpful especially family yg ada small kids.. Yang paling aku suka, live band. Korang pernah tak pergi restoran yang live bandnya memekak macam nak pecah gegendang telinga? Aku pernah! Lokasinya Kunang-kunang kat highway MRR2 somewhere area Gombak. Aku tak syorkan tempat tu pada couples sebab romantic dinner akan bertukar jadi war! Ok, enough about that!

Malam tu, Nizal pun ada. Dia ada contribute a few songs. Suara not bad. Live band kat Restoran Rebung memang happening. Yang bestnya, female singer and keyboard player cum singer. Both suara sedap. For couples, aku syorkan tempat ni. Memang berbaloi terutama kalau ada Dr. Mus. Sebab experience jumpa dia kat restoran tu very different. Dapat one to one attention, dapat dengar dia bercakap secara spontan. Kalau jumpa kat luar, sure berebut2 nak bersalam, bising atau paling sopan pun, kena beratur kalau nak salam dengan Dr. Mus.

2 comments:

Kherun Suhaila Saharbil said...

wahhh...hensemnyee

Yanti Arshad said...

memang hensem... and sweet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...