My Insta

Instagram

Sunday, April 27

Aku dan Angkasawan Negara

Last Friday.... setelah memilih beberapa lokasi, finally kitaorg decide nak try dinner kat tempat baru. Restoran Rebung! Ownernya of course lah our angkasawan negara and chef ismail. Dinner kami memang berbaloi malam tu sebab munculnya org yg dinanti-nanti. Aku dari rumah lagi dah pesan kat hubby, "don't forget ur cam".

Masa tengah makan, aku ternampak kelibat yg very familiar tapi macam tak sure. Aku macam tak caye jer itu Dr. Mus. Yalah... selalu tgk kat TV, magazine or newspaper jer, nie dah depan mata. My first impression was "he's a sweet guy".

Dengan title Single But Not Available Bachelor, memang patut pun dia digilai jutaan wanita. Not only by Single And Available ladies, but ladies yg Not Single And Definitely Not Available pun minat kat dia. A very soft spoken person, polite, cool, sporting, he knows how to handle crowd. Terserlah dari segi perwatakannya, his Umi and abah have done a very good job dlm membesarkan anak2 mereka.

Seronoknya dapat bergambar dengan angkasawan negara!

Kenapa? Tak percaya ke? ( stail Hu Yang ).

Percayalah... ( stail Dato CT ).

Finally Daniel dapat jumpa idolanya.

Lepas makan, kami lepak kat bilik ni. Bilik ni penuh dengan gambar2, penghargaan, lukisan, award yang Dr. Mus terima.

Atas meja tu ada Magazine Quill, covernya Dr. Mus.

Hubby pun seronok dapat shake hand dengan angkasawan negara. Sambil joking, hubby kata, "kids, jgn basuh tangan sebab kita bersalam dengan tangan yang pergi space!".

Lepas jumpa Dr. Mus barulah terasa haus dan lapar balik, masing-masing cari makanan!

Now baru aku nak citer pasal Restoran Rebung. Makanannya ada 2 jenis, ala carte and buffet. Buffet RM40 adult, kids $20, budak umur below 6 tahun free. That night, we chose buffet. Semua makanannya sedap, from lauk-pauk, mee kari, laksa penang, kerang bakar, ayam bakar, ikan pari bakar, rojak, abc, etc ... senang citer, semua sedap. Cekodok tepung pun sedap! As usual kalau buffet style, makanlah sepuas-puasnya asalkan tak membazir.

Pasal service pulak, thumbs up! They're very helpful especially family yg ada small kids.. Yang paling aku suka, live band. Korang pernah tak pergi restoran yang live bandnya memekak macam nak pecah gegendang telinga? Aku pernah! Lokasinya Kunang-kunang kat highway MRR2 somewhere area Gombak. Aku tak syorkan tempat tu pada couples sebab romantic dinner akan bertukar jadi war! Ok, enough about that!

Malam tu, Nizal pun ada. Dia ada contribute a few songs. Suara not bad. Live band kat Restoran Rebung memang happening. Yang bestnya, female singer and keyboard player cum singer. Both suara sedap. For couples, aku syorkan tempat ni. Memang berbaloi terutama kalau ada Dr. Mus. Sebab experience jumpa dia kat restoran tu very different. Dapat one to one attention, dapat dengar dia bercakap secara spontan. Kalau jumpa kat luar, sure berebut2 nak bersalam, bising atau paling sopan pun, kena beratur kalau nak salam dengan Dr. Mus.

Sunday, April 20

Fuyoo Magik!

20 April 2008 - Tengahari tadi hubby bawak budak2 gi jumpa Shahril si Fuyoo Magik tu. They have some kind of projek yg nak dibuat.

Shahril dengan magiknya!

Qish try out some of the tricks.


Dia orang terkejut dengan magik Shahril.
Fuyoooooo!!

Sunday, April 6

Pesta Buku A'bangsa KL 2008


I.... opps! We, the seven of us, went to Pesta Buku the other day at PWTC. Meriah, memang meriah! Here are some of the items yg we all beli... tak termasuk freebees yg teramatlah banyaknye...

Dalam berpuluh2 booth, hanya satu saja buku yg aku target. Reaching For The Stars. Berpusing2 jugak la aku cari buku ni... rupa2nye buku ni hanya dijual di booth MPH sebab copyright penjualan hanya by MPH. Pencarian tu berbaloi la jugak sebab aku manage to get a signed copy by Dr. SMS kite tu.

Seorang aimed guitar, seorang lagi aimed for the red shinning Vespa.
On this day, Dr. SMS tak ada. He's schedule for signing and photography session on the next day. Mulanya kami plan nak gi PWTC the next day, tapi disebabkan ada agenda lain yg dah diplan terlebih awal, terpaksa lar dilupakan hasrat murni tu... tapi bagi memuaskan hati, afiq tak lepaskan peluang berposing dengan paperboard gambar Dr. SMS. Jadilah...

Aku pula terpaksa berpuas hati bergambar dgn timbunan copy Reaching For The Stars. Tapi yang ini bukan signed copy. Nasib baik aku ternampak signed copy kat kaunter masa nak bayar, itupun tinggal 5 copies ajer plus ada diskaun. Apa lagi, grab lar...


Footnote: Zurim, jangan mare yea... i dapat discounted signed copy. hehehee

Imuda pun ada kat booth Creative Enterprise Sdn Bhd.

birthdays

3 April - bday awin, 15th.
Terasa diri aku dah tua....

31 Mac - bday Qish, 6 yrs.

Cookies for Kindie Lil Q.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...