My Insta

Instagram

Saturday, June 2

Berdua Denganmu ...

Berdua Lebih Baik nyanyian Acha Septriasa memang sesuai dgn outing aku & hubby. Bila mak dan abah decide nak bawa cucu2 bercuti ke Melaka, aku rasa inilah peluang utk kami berdua meluangkan masa bersama tanpa gangguan anak2. Sehari suntuk kami meronda KL dari pagi sampailah pagi keesokan harinya. Kenapa, tak percaya? Itulah yang berlaku sebenarnya. Shot2 lah buktinya. Kami plan nak tengok Pirates Of The Caribbean 3, malangnya tiket untuk hari itu sold out. Yang ada ialah pukul 1pg esoknya. Nak tengok punya pasal, kami pun booklah tiket tu. Jadi, sementara menunggu pukul 1pg, kami sempat meronda2 ke tempat lain. Aku sempat buat manicure treatment. Lepas dinner, kami balik rumah sebab badan dah melekit semacam (apa taknya sehari suntuk merayau).
Pukul 11:30mlm kami keluar rumah & heading straight to pawagam. Sementara menunggu, aku sempat berposing dibawah ketiak Jack Sparrow! He he he... Rupa2 show tu selama 3 jam! Nasib baik aku bawa sweater sebab di dalamnya sejuk giler! Lbh kurang kul 4pg, kami keluar panggung. Masa tu barulah perut terasa lapar & we're heading to McD 24hrs & order breakfast meal. Nasib baik breakfast meal starts @4am-11am.
Walaupun ngantuk,
aku rasa seronok sebab dapat
spend some quality time with my hubby.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...