My Insta

Instagram

Thursday, May 10

Sibuknya aku!

Baru aku sedar,
hari ni hari ke-10 dalam bulan Mei.
Cepatnya masa berlalu.
Dah lama aku tak buka blog nie,
sampaikan aku terima emel
drpd seorang hamba Allah ni.
Emelnya berbunyi begini,
"tak ada entry baru ke?".


Bukan tak nak buat,
cuma masa tak mengizinkan.
Lately ni aku memang bz.
Rasa macam 24jam sehari tu tak cukup.
Padahal aku bukannya keluar
pergi mana-mana pun, stay kat rumah aje.

Bayangkan nak tengok TV pun tak sempat.
Nasib baik aku ada Astro Max,
semua fav progs aku main rekod aje.
Dah rekod pun still tak ada masa nak tengok. Cam ne tu?!

Sebenarnya sejak aku terima job as
freelance translator untuk Astro,
aku melalui satu transition.
Selepas aku resigned dari TV3 four years ago,
hidup ini cukup relex.
Relex yg bermaksud,
kalau aku nak buat, aku buat.
Kalau tak nak buat, aku biarkan.

Tapi sejak ada tanggungjawab baru nie,
byk perkara yg perlu aku berikan perhatian.
Itupun ada juga yang teroverlook.
Tapi tak apa, i know it can be handle.
Oklah... semoga berjumpa lagi di next entry.
Ciau!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...