My Insta

Instagram

Saturday, May 26

Perpisahan satu Kenangan Terindah, tapi Bukan Diriku

Aku sememangnya peminat lagu2 Samsons. Bukan sebab ape, tapi sebab bait2 liriknya yang cukup puitis. Aku ni bukannya budak sastera pun, aku budak sains. Tapi entah kenapa, lirik lagu Indon nie mampu tarik perhatian aku. Selalunya aku tak ambil 'pot' sangat pasal lagu2 nie. Tapi kalau 1st time aku dengar sesebuah lagu tu & ia cukup menyentuh perasaan, maknanya lagu tu ada power. Bukan sebab ada history atau apa, no! Tapi sebab ia puitis. Begitu juga dengan lirik lagu Kenangan Terindah dan Perpisahan nyanyian Anuar Zain.

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku

GABEM

Gabungan Yayasan Ekonomi Melayu baru saja dilancarkan April 2007. Aku berpeluang mengikuti seminar dan taklimat yag diadakan di tempat aku.
Aku pun apa lagi, aku ajak geng2 yg kaki bisnes datang dengar seminar dan taklimat free nie. Hopefully, anak melayu dapat bersaing bersama bangsa2 lain yg sudah jauh maju ke depan dalam bidang bisnes nie.

My Fav Place

Inilah wajah baru tempat lepak aku. Landskap tu aku, hubby & anak2 bergotong-royong membuatnya. Pergola tu aku upah orang Indon repair, gantikan atap rumbia kepada atap genting, touch-up here & there, cat dan varnish sikit. Pond tu pun kami gotong-royong jugak. Dalamnya ada 12 ekor ikan ..... (nama ikan tak tau) dan 4 ekor kura-kura kecil.

Waktu malam, bila anak2 semua dah tidur, aku dan hubby akan lepak kat luar ni. Al maklumlah, rumah lot tepi jadi tak ada sape nak 'usha'. (ye ke?! he he he... ). Di sini jugalah tempat aku surf internet pada waktu malam atau menyiapkan tugasan yang perlu dibereskan. Nasib baik ada wireless network connection, senang la sikit, tak payah lagi aku terperuk je dalam rumah.

Thursday, May 10

Sibuknya aku!

Baru aku sedar,
hari ni hari ke-10 dalam bulan Mei.
Cepatnya masa berlalu.
Dah lama aku tak buka blog nie,
sampaikan aku terima emel
drpd seorang hamba Allah ni.
Emelnya berbunyi begini,
"tak ada entry baru ke?".


Bukan tak nak buat,
cuma masa tak mengizinkan.
Lately ni aku memang bz.
Rasa macam 24jam sehari tu tak cukup.
Padahal aku bukannya keluar
pergi mana-mana pun, stay kat rumah aje.

Bayangkan nak tengok TV pun tak sempat.
Nasib baik aku ada Astro Max,
semua fav progs aku main rekod aje.
Dah rekod pun still tak ada masa nak tengok. Cam ne tu?!

Sebenarnya sejak aku terima job as
freelance translator untuk Astro,
aku melalui satu transition.
Selepas aku resigned dari TV3 four years ago,
hidup ini cukup relex.
Relex yg bermaksud,
kalau aku nak buat, aku buat.
Kalau tak nak buat, aku biarkan.

Tapi sejak ada tanggungjawab baru nie,
byk perkara yg perlu aku berikan perhatian.
Itupun ada juga yang teroverlook.
Tapi tak apa, i know it can be handle.
Oklah... semoga berjumpa lagi di next entry.
Ciau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...