My Insta

Instagram

Thursday, April 5

Lambaian Kaabah

Melaksanakan Umrah merupakan impian setiap muslimin dan muslimah. Syukur alhamdulillah... 4 April mak & abah selamat berangkat menunaikan umrah di Mekah buat kali pertama. Sayu juga hati bila dpt tahu mak & abah nak pergi. Tapi kami bersyukur sebab perjalanan dari rumah sampai ke KLIA semuanya dipermudahkanNya.


Kami sempat bergambar di KLIA sebelum mak dan abah berlepas menaiki Saudi Arabian Airlines. Mak ada bertanya kalau aku nak kirim apa2 di sana. Tapi jawabku, "kaklong cuma nak mak & abah mendapat keberkatanNya serta selamat pergi & balik".


Inilah Saudi Arabian Airlines yang menerbangkan mak & abah aku terus ke Jeddah.

Inilah saat2 sayu... bila pesawat Saudi berlepas ke Jeddah tepat pukul 1730hrs. Namun aku redha dgn ketentuan Ilahi sekiranya inilah kali terakhir aku menatap wajah mak & abah. Semasa di rumah, sebelum berangkat aku telah memohon ampun & maaf pada mereka di atas segala dosa yg telah aku lakukan, aku minta agar makan & minumku dihalalkan serta doakan kesejahteraan hidupku bersama keluargaku dunia & akhirat.

3 comments:

Anonymous said...

mak you nampak muda. semoga selamat pergi dan selamat kembali

yanti said...

itu tak dinafikan. kalau kiteorg g shopping, org selalu ingat kami ni adik beradik. best kan?

Cik Ketumbar said...

insyaallah.. semoga dipermudahkan yr parents menjalankan ibadah umrah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...