My Insta

Instagram

Tuesday, March 6

Kehilangan..

"DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali".

Hari ni entry aku lain sikit.
Tajuknya pun lain. KEHILANGAN... yang aku maksudkan ialah MATI.
Ya! 2 hari lepas jiran aku meninggal dunia.
Sakit? Kanser payu dara.
Pembunuh no. 1 wanita!

Aku sebenarnya tak berapa kenal si arwah.
Rumah kami selang 9 buah rumah.
Seingat aku, ada sekali arwah datang rumah aku.
Itupun masa aku buat open house... about 5yrs ago.

Sebaik saja sampai di rumah arwah,
aku tak rasa apa-apa selain rasa simpati
dgn suami arwah & anak2nya yang masih kecil
termasuklah bayi yg baru berusia 3minggu.
Si arwah masih dalam pantang rupanya!
Bila anak lelakinya yang lebih kurang sebaya dengan anak aku
yg berumur 5 tahun menangis,
aku rasa hiba... berjurai airmata ni, tak mampu aku tahan.
Hilang rasa malu pada jiran2 lain.

Apa taknya, budak tu mencari mamanya.
Sedangkan mamanya terbujur kaku depan aku.

Tak sanggup mendengar tangisannya, aku terus dukung dia.
Tapi dia meronta minta dilepaskan.
Mungkin sentuhan keibuanku tak sama dengan sentuhan mamanya.
Tiba2 si kakak yang ku kira berumur 7,8 tahun datang memujuknya.
Adegan itu cukup menyentuh perasaan sesiapa saja yg ada di situ.
Mereka berlalu mendapatkan si ayah yang masih dalam keadaan terkejut.
Bertambah sayu aku dibuatnya.

Si adik masih merengek mahukan mamanya.
Aku mula terbayang ....
Jika ajal menjemputku esok lusa,
mungkin begini jugalah keadaan anak2ku pada ketika itu.
Berjurai lagi air mata ini ....

Setelah bacaan yaasin selesai, ustaz mansor membacakan doa.
Impak setiap doa yang dilafazkan cukup besar.
Menurut suami arwah, jenazah akan dikebumikan di Changkat Jering, Perak.
Ku jeling jam handphone, tepat 11:30mlm.
"Pukul berapa jenazah akan sampai sana?", detik hati.

Hampir sejam di sana, aku minta diri utk pulang
sementara suamiku menunggu hingga segala urusan selesai.
Setelah membersihkan diri, aku terus menjenguk anak2 yg lena dibuai mimpi.
Kebetulan Qish demam. Aku dukung dia utk tidur denganku utk sementara.

Tepat 2:30pagi, kudengar pagar depan dibuka.
Suamiku pulang.
Menurutnya, jenazah baru saja bertolak ke Perak.

"Ya Allah, ya Tuhanku.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih, Maha Pelindung dan Maha Mengetahui.
Engkau permudahkanlah perjalanan dan urusan mereka.
Semoga Engkau menempatkan arwah bersama
org2 yang beriman & bertaqwa.
Amin..."

Al-fatihah

1 comment:

kc said...

sayunya baca cerite ni. masih kecik2 lagi anak arwah. rasanya mcm pernah nampak suami arwah ni...

apa2pun al-fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga arwah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...