My Insta

Instagram

Thursday, March 15

Bercanda di pasiran pantai ...

11 mac 07 - cuti sekolah dah mula. This time kami ke Melaka... Pantai Tanjong Bidara. Kalau nak ikutkan, aku 'kureng' sikit dengan pantai di kwsn Barat M'sia. Aku prefer pantai di kwsn Timur M'sia. Last year kami ke Cherating & Pantai Batu Buruk T'ganu. Pantainya bersih dan air lautnya tak berkeruh macam kat PD atau TB.





Insyallah kalau ada umur, next destination ... Johor!

Tuesday, March 6

Kehilangan..

"DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali".

Hari ni entry aku lain sikit.
Tajuknya pun lain. KEHILANGAN... yang aku maksudkan ialah MATI.
Ya! 2 hari lepas jiran aku meninggal dunia.
Sakit? Kanser payu dara.
Pembunuh no. 1 wanita!

Aku sebenarnya tak berapa kenal si arwah.
Rumah kami selang 9 buah rumah.
Seingat aku, ada sekali arwah datang rumah aku.
Itupun masa aku buat open house... about 5yrs ago.

Sebaik saja sampai di rumah arwah,
aku tak rasa apa-apa selain rasa simpati
dgn suami arwah & anak2nya yang masih kecil
termasuklah bayi yg baru berusia 3minggu.
Si arwah masih dalam pantang rupanya!
Bila anak lelakinya yang lebih kurang sebaya dengan anak aku
yg berumur 5 tahun menangis,
aku rasa hiba... berjurai airmata ni, tak mampu aku tahan.
Hilang rasa malu pada jiran2 lain.

Apa taknya, budak tu mencari mamanya.
Sedangkan mamanya terbujur kaku depan aku.

Tak sanggup mendengar tangisannya, aku terus dukung dia.
Tapi dia meronta minta dilepaskan.
Mungkin sentuhan keibuanku tak sama dengan sentuhan mamanya.
Tiba2 si kakak yang ku kira berumur 7,8 tahun datang memujuknya.
Adegan itu cukup menyentuh perasaan sesiapa saja yg ada di situ.
Mereka berlalu mendapatkan si ayah yang masih dalam keadaan terkejut.
Bertambah sayu aku dibuatnya.

Si adik masih merengek mahukan mamanya.
Aku mula terbayang ....
Jika ajal menjemputku esok lusa,
mungkin begini jugalah keadaan anak2ku pada ketika itu.
Berjurai lagi air mata ini ....

Setelah bacaan yaasin selesai, ustaz mansor membacakan doa.
Impak setiap doa yang dilafazkan cukup besar.
Menurut suami arwah, jenazah akan dikebumikan di Changkat Jering, Perak.
Ku jeling jam handphone, tepat 11:30mlm.
"Pukul berapa jenazah akan sampai sana?", detik hati.

Hampir sejam di sana, aku minta diri utk pulang
sementara suamiku menunggu hingga segala urusan selesai.
Setelah membersihkan diri, aku terus menjenguk anak2 yg lena dibuai mimpi.
Kebetulan Qish demam. Aku dukung dia utk tidur denganku utk sementara.

Tepat 2:30pagi, kudengar pagar depan dibuka.
Suamiku pulang.
Menurutnya, jenazah baru saja bertolak ke Perak.

"Ya Allah, ya Tuhanku.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih, Maha Pelindung dan Maha Mengetahui.
Engkau permudahkanlah perjalanan dan urusan mereka.
Semoga Engkau menempatkan arwah bersama
org2 yang beriman & bertaqwa.
Amin..."

Al-fatihah

3 events in 1 day: 3 mac, 6pm

Event 3: Lion Dance di taman SU3
Kebetulan Idayu n family pun ada.
Apalagi.. tak lepaskan peluang bergambar bersama.

Danial n Affiq ask for some oranges.
(tak ramai org sebab tak ramai yg tahu kedatangan Lion Dance)

Qish berani2 takut.

3 events in 1 day: 3 mac, 2pm

Event 2: Gathering Cawangan Baru UMNO

1. Calon-calonnya ialah...
Yanti, Idayu, Ana, Sal & Rozi

2. Say cheese...

3. Dato' M and Dato' A

3 events in 1 day: 3 mac, 8am.

Event 1: Hari Temasya Sukan SKSU. My 2 boys ambil bahagian and both of them in rumah Hijau. What a coincidence!

















a) Affiq sertai acara tarik gelung.
Dapat 4th place, jadilah...
Yang penting, team spirit.











b) Danial in action.
4x100m - JOHAN! 100m perseorangan - 3rd place.

"Tak pe lar... ari tu kan dah jd Johan Merentas Desa Peringkat Sekolah2..." nasihat si ibu.









c) Danial (left) and friends. Well done, boys!













d) Rumah Hijau Johan Temasya Sukan SKSU 2007!

i got MAX, i got TIME!

2 Mac 2007... finally astro lama aku dah bertukar baru.

Astro MAX!
Pause live TV and continue when u'r ready! Watch one, record another! Rewind live TV and watch it again! Astro MAX is the revolutionary new decoder from Astro with a powerful digital recorder inside. Memang powerful, beb! Apa taknya. Aku dah tak yah risau terlepas citer fav aku. You can do anything with MAX. Especially bila tonton Berita... kalau ada phone call, samada aku pause or rewind later. Betul! Aku tak tipu. Boleh pause live berita tau. Kalau ada prog fav aku, tak perlu lagi aku terkejar2 siapkan kerja dan tercongok depan TV. Record je, apa susah. Kalau live prog plak, tak perlu tunggu iklan utk ke toilet, aku pause je. Senang kan?

Monday, March 5

My Besday...


25 Feb... tanggal keramat bagi aku. Genaplah umur aku, biarlah rahsia. Husband & anak2 bawa aku keluar utk celebrate besday aku. Restaurant yg mereka bawa aku tu memang simple, tp ada 'class'! The celebration is simple, tapi cukup bermakna buat aku sekeluarga. Yg bestnya restaurant tu buatkan kek besday ala2 lempeng tapi ada aiskrim di atasnya. Hmm... lain sikit.

After spend about 3-4hrs kat situ, perut pun dah kenyang, kami menukar haluan ke Mid Valley. Nak tahu kenapa? Apa lagi... shopping la! It's my day and i can have whatever i want, whatever i like! Bestnya....
Penat berjalan, kami stop kat Baskin Robbins. Apalagi... belasah aiskrim laa. Hari ini aku ketepikan seketika segala peraturan. Aku ketepikan soal diet, ketepikan 3 perkara yg diwar-warkan di TV tentang menjadi pembeli yang bijak, ketepikan checklist tugas yg minta dibereskan, ketepikan proposal yg nak dibentangkan masa meeting, tp nasib baik aku tak ketepikan suami dan anak2 tersayang. Itulah aku yang ada masanya agak lupa diri. Anyway... hepi besday to me. To my beloved hubby and kids, thx for the 'token'. ibu will always love you all.. muahhh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...