My Insta

Instagram

Thursday, January 4

C.I.N.T.A



Aku anggap filem ini 'cantik'. Cinta tak lari dari banyak kelemahan, tapi Cinta punya kecantikan tersendiri.Cinta juga filem Malaysia. Kalau dalam banyak filem, ke-Malaysiaan itu tak seimbang bila hanya tunjuk Malaysia yang indah dan kaya raya atau Malaysia yang miskin papa kedana, Cinta tunjuk semuanya. Cinta juga penuh dengan dialog yang menarik untuk diingat. Aku agak, dialog Rahim Razali "isteri bukan hak milik, tapi anugerah" akan naik setaraf seperti "mereka dan keluarga mereka". Aku jatuh cinta dengan CINTA ni. Aku betul2 sebak tgk pengorbanan kakak kepada adik, pengorbanan suami kpd isteri. Aku sebak melihat Shidi terpaksa merelakan Rita pergi. Tapi yg paling aku tersentuh, scene Shidi terbayang2 kelibat Rita dalam rumah diaorg. Uhuhu. ye aku menangis~ :-) Dan waktu itulah juga lagu Perpisahan dimainkan. Memang sedih giler! Scene paling simbolik ialah bila Rita buka kotak hadiah pemberian Shidi dan di antara dialognya... "Cinta juga bermakna melepaskan..." Cinta is the greatest malay movie so far. Masih terngiang2 dialog Fatimah Abu Bakar (Kak Fatty) "sehari kita penat untuk orang yang kita sayang lebih bermakna drpd kita hidup seumur hidup dengan orang yang kita tak sayang". Dialog tu cukup menyentuh hati aku. Ada kebenarannya. Begitu juga dgn scene Rita & Shidi. Tiap kali keluar scene diaorg, berjurai2 la airmata ini. Begitu juga dengan lagu temanya 'Perpisahan' by Anuar Zain. Aku memang bukan fan of anuar, tp nampaknya lagu ni mampu mengubah persepsi aku. Aku tak sabar2 nak beli VCD Cinta, of course la beli yg original! For those yg belum tgk, aku syorkan g tgk. You'll learn something from it. Percayalah... Di sini aku sertakan liriknya utk nyanyian sumbang korang, wokei?

ku mengerti perpisahan ini
bukan kerana kau membenci
tapi kasih yang pernah ku beri
tiada lagi bersama
sering kala aku terlihatkanmu
impian nan indah bersulam bahagia
ku harungi hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima
ditinggalkan sengsara
keraguan ini bukanlah padamu
perasaan hati masih rindu
kekalutan ini hanyalah untukku
tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilangan
kehilanganmu ...
masih tercari-cari
keraguan ini bukanlah padamu
masih tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilanganmu
Semoga kalian terhibur.

2 comments:

Zalinda said...

Agree, filem nie memang indah. CINTA is the best malay film yang I pernah tonton. Memang rasa nak menonton sekali lagi. Memang rocomend beli CD filem nie for collection....

Yanty....I like ur blog...keep on writing....

kc said...

tak aci arr korang dah tengokkkk! nampak gayanya kena tunggu masuk astro gamaknye.

btw, nice blog and beautiful write-up. keep the ink flowing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...