My Insta

Instagram

Wednesday, January 31

Jamuan Tahunan CemaraWest 2007 meriah!

Tanggal 27 Jan 07... warga cemarawest buat jamuan tahunan. Malas aku nak citer, nanti boring plak. korang layan la gambor2 nie ye.














































Danial, You Make Us Proud...



Ada masanya aku terpaksa mengalah pada kehendak anak aku. Sehari sebelum hari merentas desa, Danial demam & sakit mata.... berjangkit daripada Afieq, adiknya. Pada mulanya aku & hubby berkeras tak nak bagi dia pergi. Tapi katanya, insyallah dia okey. Dia merayu jugak nak pergi. Then, kami pun mengalah. Pagi esoknya, dia nmpk full of energy, breakfast cococrunch dengan air milo. Sebelum keluar, dia sempat salam aku dan hubby. 1130pg dia balik. Walaupun nmpk penat, tp dia bangga dgn medal yg tersangkut di lehernya. Aku ingatkan medal saguhati, rupa2nya Johan Tahun 4. Syukur alhamdulillah... Danial akan mewakili Kejohanan Merentas Desa Antara Sekolah2 di KSgor on 13 Feb. Siapa sangka, kan? The moral of the story is.... tak semestinya apa yg tak elok pada kita, tak elok juga untuk org lain. Fikir-fikirkanlah....

Friday, January 12

My Fav Quotes...

1. The discipline of writing something down could be the first step towards making it happen.
2. Give a man a fish, you fed him for a day. Teach a man to fish; you have fed him for a lifetime.
3. We could learn a lot from crayons, they are all different colours and yet they live in the same box.

4. In the rhythm of life, we sometime find ourselves out of tune. But as long as there are friends to provide the melody, the music plays on.

5. All love that has not friendship for its base, is like a mansion built upon the sand.

6. Love is when you look into someone's eyes, and see everything you need.

7. Imagination is everything. If we can imagine a future, we can create it, if we can create that future, others will live in it. That is the essence of success.

8. If you fill your heart with regrets of yesterday and the worries of tomorrow, you have no today to be thankful for.

9. Your smile is your first introduction.

10. Men who don't understand women fall into two groups: Bachelors and Husbands.

That's all for today....



Wednesday, January 10

Ferris Wheel - Eye On Malaysia

Aku ni sebenornya gayat. Last aku berada di tmpt yg cukup tinggi ialah semasa naik cable car kat Genting Highlands (itupun rasanya 4 tahun lepas). Itu dah cukup mencabar bagi aku. Sampaikan anak aku kata muka aku pucat lesi. Menara KL pun aku tak pernah naik. Tapi dalam pada tu, ada hati nak naik cable car baru kat Langkawi. Cuba bayangkan aku dalam gondala ni! But it will be an unforgettable ride of up to 30-45 minutes to a height of 60 metres. Experience a breathtaking 360 degree panorama over 20 kilometres of Kuala Lumpur, The 'Eye on Malaysia' is the first giant wheel in Malaysia and largest in Southeast Asia, standing at 60m with 42 gondolas, which include 41 regular and one VIP gondola complete with leather seats, DVD player, plasma screen, fridge and glass flooring (jgn jealous). Kalau aku dapat masuk dalam VIP gondola nie, sure aku tak nak turun punye. Tapi tak terkecuali untuk OKU. There will be two special gondolas for the disabled with ramps for their wheelchairs. Ticket prices for regular gondolas are RM15 for adults and RM8 for children with special packages for groups. Yg VIP punye aku tak check pulak pricenya. Ferris Wheel nie is expected to attract 24,000 people per day when it opens to the public from 10am to 10pm. Amacam, ada berani naik?

Sunday, January 7

Tahun Melawat Malaysia 2007

Tahun Melawat Malaysia 2007 telah dirasmikan dgn meriah dan penuh gilang-gemilang pada 6 Jan 07. Seramai lebih kurang 60 ribu pengunjung telah datang ke Tmn Tasik Ttwangsa pd malam itu termasuklah kami sekeluarga dan 2 orang adik perempuan aku (seorg dari UPM, seorg lagi tgh tunggu result SPM). Walaupun hujan renyai mula turun pada awal acara, tapi aku tgk org tetap setia menunggu pelancaran ferris wheel (especially kami). :-) Manusia punyalah ramai... ntah datang dari mana pun aku tak tahu. Ramai jugak tourist yg datang. Tapi aku rasa setianya kami menunggu berbaloi dgn pertunjukan bunga api yag tak henti2 menerangi langit malam. Memang cantik, memang indah.Berbaloi juga rasanya kami round tasik tu sebab byk freegift yg kami dapat. Tp yg paling special ialah rantai manik Sarawak & pen khas TMM07 pemberian Tourism Malaysia. Tapi yg paling berbaloi ialah pengalaman semasa pelancaran itu sendiri. Kami seronok berposing sakan berlatarbelakangkan bunga api dan scenery kat situ. Anak2 aku yg selalunya hanya melihat bunga api dari jauh, terkedu! Apa taknya tgk bunga api betul2 depan mata beserta bunyi dentumannya yg cukup kuat. Semasa semua pengunjung leka melihat pertunjukan bunga api, aku berkesempatan memandang keadaan sekeliling aku. Terdetik di hati ini... "betapa bertuahnya aku dapat hidup aman damai di bumi sendiri, bebas meraikan apa saja tanpa ada rasa takut...syukur alhamdulillah." Asyiknya aku melihat gelagat dan ragam manusia di situ sehinggakan aku terlupa tentang teks ucapan yg perlu aku sediakan utk mesyuarat esok. Akhirnya kami beredar meninggalkan tasik ttwangsa membawa satu rasa kepuasan... seronoknya kami sehinggakan tak terasa letih menapak dari Ttwangsa ke IJN (parking kereta di IJN utk elak masalah kesesakan) dan kami tiba di rumah jam 2:30pagi. Di sini aku sertakan foto untuk tatapan korang semua.





Foto 1 & 2: Aku dan hubby berlatarbelakangkan bunga api.
Foto 3 & 4: Ferris Wheel (byrn adult RM15, Kid RM8. Hmmm... agak mahal)
Foto 5 (kiri ke kanan) : Aku, Iqah (adik bongsuku), Danial, Qish, Qme (berdukung) dan Hanim (adikku yg di UPM).
Foto 6: Iqah, aku dan Danial. (Cantik tak rantai manik Srwk yg kami dapat free tu?)
Foto 7: Aku dan Awien (anak sulungku).

Oklah... sampai di sini saja yg dapat aku kongsikan dgn korang. Citer byk2 pun nanti korang boring plak. Wasalam...

Saturday, January 6

Qish vs Anakin

Sama tak? Dalam dunia ada 7 orang berkongsi muka yang sama atau ala2 sama. Inilah anak aku yg ke-4. Namanya Mohd Mukhriz Danish, nickname Qish. Umurnya 5 tahun. Sebelahnya tu Anakin Skywalker watak dalam Star Wars: Epsd 1. Dalam family aku, cuma dia nie saja yang berambut macam nie. Saja aku nak rambutnya begitu.

Senang sikit aku nak diffrentkan dia drpd abang2 dan adiknya. In fact, Qish ada personal hairdresser sendiri utk mendapatkan rambut sebegitu. Amacam ... sama tak?

Friday, January 5

CICAKMAN

Si dewasa sibuk memperkatakan tentang filem CINTA, si kecil pula kecoh dgn Cicakman! Lagi 2 minggu sekolah nak start, kami sekeluarga sibuk psl Cicakman. Akhirnya pada tanggal 18 Dis 06, jam 1125pg, anak2 aku dgn excitednya masuk panggung @1 Utama. Yg peliknya, sebelum tgk Cicakman, hari2 diaorg dok sebut pasal Cicakman. Cicakman bestlah.. Cicakman powerlah.. Cicakman itulah, inilah. Tapi sejak hari itu hinggalah ke hari ini, citer Cicakman lenyap begitu saja. Bila diaorg tgk promo Cicakman on TV, diaorg buat tak reti aje. Macam org tak ada perasaan. Rasanya aku tahu kenapa... kepuasan!

Thursday, January 4

C.I.N.T.A



Aku anggap filem ini 'cantik'. Cinta tak lari dari banyak kelemahan, tapi Cinta punya kecantikan tersendiri.Cinta juga filem Malaysia. Kalau dalam banyak filem, ke-Malaysiaan itu tak seimbang bila hanya tunjuk Malaysia yang indah dan kaya raya atau Malaysia yang miskin papa kedana, Cinta tunjuk semuanya. Cinta juga penuh dengan dialog yang menarik untuk diingat. Aku agak, dialog Rahim Razali "isteri bukan hak milik, tapi anugerah" akan naik setaraf seperti "mereka dan keluarga mereka". Aku jatuh cinta dengan CINTA ni. Aku betul2 sebak tgk pengorbanan kakak kepada adik, pengorbanan suami kpd isteri. Aku sebak melihat Shidi terpaksa merelakan Rita pergi. Tapi yg paling aku tersentuh, scene Shidi terbayang2 kelibat Rita dalam rumah diaorg. Uhuhu. ye aku menangis~ :-) Dan waktu itulah juga lagu Perpisahan dimainkan. Memang sedih giler! Scene paling simbolik ialah bila Rita buka kotak hadiah pemberian Shidi dan di antara dialognya... "Cinta juga bermakna melepaskan..." Cinta is the greatest malay movie so far. Masih terngiang2 dialog Fatimah Abu Bakar (Kak Fatty) "sehari kita penat untuk orang yang kita sayang lebih bermakna drpd kita hidup seumur hidup dengan orang yang kita tak sayang". Dialog tu cukup menyentuh hati aku. Ada kebenarannya. Begitu juga dgn scene Rita & Shidi. Tiap kali keluar scene diaorg, berjurai2 la airmata ini. Begitu juga dengan lagu temanya 'Perpisahan' by Anuar Zain. Aku memang bukan fan of anuar, tp nampaknya lagu ni mampu mengubah persepsi aku. Aku tak sabar2 nak beli VCD Cinta, of course la beli yg original! For those yg belum tgk, aku syorkan g tgk. You'll learn something from it. Percayalah... Di sini aku sertakan liriknya utk nyanyian sumbang korang, wokei?

ku mengerti perpisahan ini
bukan kerana kau membenci
tapi kasih yang pernah ku beri
tiada lagi bersama
sering kala aku terlihatkanmu
impian nan indah bersulam bahagia
ku harungi hari demi hari
bersama wajah tak mungkin akan kembali
tapi hati masih tak terima
ditinggalkan sengsara
keraguan ini bukanlah padamu
perasaan hati masih rindu
kekalutan ini hanyalah untukku
tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilangan
kehilanganmu ...
masih tercari-cari
keraguan ini bukanlah padamu
masih tercari-cari bayanganmu
tak sanggup aku kehilanganmu
Semoga kalian terhibur.

The Reds

M.E.R.A.H! Itulah tema color tahun nie. Tak kisahlah merah apa, asalkan dalam group merah. Merah tak pernah ada dalam list fav color aku, tp this year aku buat satu percubaan berani. Ntah kenapa, aku sendiri pun tak tahu. Last year all family members pakai fav color masing2, last 2 years we chose blue (my fav color). Tapi from now on, aku kena bykkan koleksi baju color pink. Lagipun merah tu tandanya berani!

Permata Hati Ke Sekolah

3 Jan 07... 1st day sekolah. Sure semua budak2 excited nak g sekolah, especially budak stnd 1. Tak terkecuali 3 permata hati aku. Awin dah form 2, danial stndrd 4 & Afiq stndrd 3. Tahun nie ada kelainan. Firstly, aku tak lagi confused tntg baju sekolah danial & afiq. this year afiq jadi pengawas sekolah, so uniformnya serba biru. danial uniform biasa (actually last year dia dpt jadi pengawas, tapi aku yg tak benarkan for a very good reason). Secondly, Awin plak tgh tunggu perlantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber. (nmpknya kena beli uniform lain, uniform coklat). Jawabnya bila sidai baju sekolah on weekend, ada 3 diffrent colours. Thirdly, this year aku join hubby g hantar anak2 ke sekolah. Seronok jgak... dapat jumpa neighbours, geng2 & kenalan yg lain ( macam meeting point la plak ). Kesimpulan yg aku dapat... anak2 aku dah besar panjang. Kalau ada umur next year, aku akan menyaksikan mukhriq pula menjejakkan kaki ke tadika. InsyaAllah.


Wednesday, January 3

Azam Tahun Baru

Aku pasti semua org ada azam tahun baru, termasuklah aku. Tapi samada azam tu accomplish atau kantoi, sendiri mau ingatla. Tapi adakah azam itu bertukar atau tetap? Maksud aku, kalau last year azam kita tu tak terlaksana, adakah kita akan carry forward atau kita lupakan saja dan mulakan azam baru? Kalau aku, selalunya aku mulakan dengan azam yang baru. Tapi tahun nie, lain sikit. Aku nak carry forward azam tahun lepas. Aku akan pastikan azam tahun lepas tercapai tahun nie no matter what. cheewah! This year aku ada mission dan semoga mission aku tu mission possible, bukan impossible. Sure korang nak tahu apa azam aku tu, kan? Sori... takleh habaq cheq. bila sampai masanya nanti, akan diberitahu. Apa2 pun semoga azam yang ditanam dalam hati akan terlaksana.

Tuesday, January 2

Selamat Tahun Baru 2007

Selamat tinggal 2006 ... kini muncul 2007. Syukur alhamdullilah kerana Allah mengizinkan aku hidup sebegini lama. Selalunya aku tak heran nak celebrate new year, tapi kali ni lain pulak mood aku. Aku sanggup daki bukit kat kg dato keramat semata2 nak tengok bunga api. It's a really nice view from there. Tiba2 satu rasa aneh hinggap dalam hati ini... aku rasa kagum dengan ciptaanNya dan jauh di lubuk hati nie, terasa sayu giler kerana kebesaranNya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...